Langkau ke kandungan utama

[MY] Cara Melakukan "Settlement" melalui GoBiz

Untuk melakukan "settlement" di QashierPay, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pilih ikon “☰” di sudut kanan atas laman utama Qashier POS.

  2. Pilih QashierPay

  3. Pilih SETTLEMENT

  4. Pilih "OK" untuk mengesahkan "settlement"

  5. Jika transaksi diluluskan, terminal akan memaparkan mesej "SETTLEMENT SUCCESS" dan settlement slip akan dicetakkan secara automatik.

Berikut adalah panduan video:


Jika anda tidak melakukan settlement anda sehari sebelumnya, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menyelesaikan isu settlement:

  1. Hubungi Customer Support Team kami untuk bantuan lanjut. Mereka akan memberikan anda senarai transaksi yang diluluskan tetapi belum membuat settlement

  2. Anda boleh merujuk kepada panduan ini untuk membuat settlement pada terminal QashierPay

  3. Sila pastikan anda menyimpan slip settlement sebaik sahaja anda membuat settlement sebab anda perlu memberikannya kepada customer support kami kemudian.

  4. Pergi ke Gobiz portal

  5. Log masuk dengan nombor telefon bimbit yang anda daftarkan dengan Gobiz dan kata laluan.

  6. Pilih terminal yang anda ingin menyemak transaksi (dan pilih pilihan akhir dengan perkataan - Point of Sale (POS) )

  7. Di halaman utama portal Gobiz, pilih butang "MENU" yang terletak di sebelah kiri atas halaman

  8. Di bawah Report, pilih "Approval History"

  9. Pilih pada butang "SEARCH" yang terletak di sebelah kanan halaman.

  10. Di bawah 'transaction date', pilih tarikh transaksi yang ingin anda menyemak.

  11. Pilih "SEARCH" untuk meneruskan.

  12. Setelah melakukan carian, portal Gobiz akan memaparkan senarai transaksi berdasarkan kriteria carian anda. Pilih icon ">" pada transaksi yang anda ingin semak.

  13. Pilih "SEND RECEIPT" untuk muat turun resit transaksi

  14. Ulangi langkah 10 hingga 13 sehingga semua resit transaksi telah dimuat turun mengikut senarai yang disediakan (langkah 1)

  15. Sediakan semua resit transaksi kelulusan dan slip penyelesaian (dinyatakan dalam Langkah 3) kepada Customer Support Team supaya mereka boleh membantu menyelesaikan isu settlement.


Adakah ini menjawab soalan anda?