Langkau ke kandungan utama

[MY] Cara Menerima Pembayaran melalui GoBiz


Isi Kandungan:


Cara menerima pembayaran melalui terminal QashierPay

  1. Pergi ke POS & PAYMENT di halaman utama Qashier POS

  2. Masukkan jumlah yang akan dicaj pada pelanggan

  3. Pilih "NEXT"

  4. Pilih ikon "VISA / MASTERCARD"

  5. Pelanggan boleh membayar dengan cara "tap", masukkan kad ke dalam terminal atau meleret kad kredit/debit di tepi terminal

  6. Selepas transaksi diluluskan, resit akan dicetak dan ia akan mengandungi butiran kad kredit/debit dan maklumat transaksi tersebut

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Kad pembayaran yang diterima oleh terminal QashierPay

Kad Pembayaran yang diterima

  • Kad debit tempatan - bagi kedua-dua VISA and MASTERCARD

  • Kad kredit tempatan - VISA, MASTERCARD dan UNION Pay

  • Kad debit/kredit luar negara **

Kad Pembayaran yang tidak diterima

  • Bagi kedua-dua kad debit/kredit AMEX

  • Kad debit/kredit luar negara **

**NOTA: Bergantung kepada bidang perniagaan anda. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Customer Support Team kami


Cara-cara pembayaran terdapat di terminal QashierPay

Terdapat 3 cara bagi pelanggan untuk membuat bayaran

  1. Masukkan kad debit/kredit dan minta pelanggan memasukkan nombor PIN

  2. Leret kad di sebelah kanan terminal dan minta pelanggan memasukkan nombor PIN

  3. "Tap" kad pada ikon paywave


Adakah ini menjawab soalan anda?