Langkau ke kandungan utama

[MY] Cara Untuk Membatal/Refund Transaksi Gobiz


Isi Kandungan:


Langkah-langkah umum untuk melakukan refund:

Ada dua situasi yang perlu anda pertimbangkan sebelum melakukan pengembalian::

  1. Sebelum settlement dilakukan di terminal QashierPay

  2. Selepas settlement dilakukan di terminal QashierPay

Sebelum settlement dilakukan di terminal QashierPay:

Jika anda belum melakukan settlement di terminal QashierPay, anda tidak perlu memohon refund daripada Gobiz. Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk membatalkan transaksi tersebut.

  1. Pilih "Transaction Record" di halaman utama Qashier POS

  2. Pilih transaksi yang ingin anda batalkan

  3. Pilih "VOID/REFUND"

  4. Pilih "YES" untuk mengesahkan pembatalan transaksi tersebut

  5. Masukkan STAFF PIN

  6. Diikuti oleh TERMINAL PIN

  7. Masukkan REASON bagi pembatalan transaksi tersebut

  8. Pilih "DONE REFUND" selepas pelanggan dapat refund daripada anda

Berikut adalah panduan video:

Anda boleh memilih transaksi yang dibatalkan tersebut untuk melihat detail pembatalan/refund

Selepas settlement dilakukan di terminal QashierPay:

Jika anda telah melakukan settlement di terminal QashierPay, anda harus memohon permintaan refund daripada Gobiz.

  1. Hubungi Customer Support Team kami dan menyatakan bahawa anda memohon permintaan refund daripada Gobiz sebeb anda telah menlakukan settlement di QashierPay.

  2. Customer Support Team akan memberikan anda borang refund untuk diisikan

  3. Setelah anda selesai mengisi borang refund, kembalikan slip penjualan dan borang refund tersebut kepada Customer Support Team kami
    (Silakan lihat panduan berikutnya untuk mendapatkan slip penjualan).

Nota:

  • Permohonan refund akan diprocess dalam masa 3-5 hari bekerja

  • Jumlah refund akan dikurangkan dari jumlah settlement yang berikutnya.

Cara untuk mendapatkan salinan slip penjualan dari portal Gobiz.

  1. Pergi ke Gobiz portal

  2. Log masuk dengan nombor telefon bimbit yang anda daftarkan dengan Gobiz dan kata laluan.

  3. Pilih terminal yang anda ingin menyemak transaksi (dan pilih pilihan akhir dengan perkataan - Point of Sale (POS) )

  4. Di halaman utama portal Gobiz, pilih butang "MENU" yang terletak di sebelah kiri atas halaman

  5. Di bawah Report, pilih "Approval History"

  6. Pilih pada butang "SEARCH" yang terletak di sebelah kanan halaman.

  7. Di bawah 'transaction date', pilih tarikh transaksi yang ingin anda batalkan.

  8. Pilih "SEARCH" dan senarai transaksi akan dipaparkan berdasarkan kriteria carian anda.

  9. Pilih "transaksi" yang ingin anda membuat refund.

  10. Pilih "SEND RECEIPT" dan slip jualan akan dikirim ke alamat emel anda

Berikut adalah panduan video dari langkah 4 hingga 10:


Melakukan refund apabila pelanggan dikenakan bayaran dua kali secara tidak sengaja apabila membayar dengan terminal QashierPay

Jika Gobiz telah meluluskan transaksi tetapi tidak direkodkan oleh terminal QashierPay, situasi ini sering belaku ketika transaksi pertama di QashierPay ditolak atau mengalami masalah teknikal. Kemudian, pelanggan mencuba lagi dan berjaya membayar pembayaran pada transaksi kedua memalui terminal QashierPay yang sama.

Sebelum settlement dilakukan di terminal QashierPay

Silakan merujuk kepada panduan ini untuk membuat proses refund.

Selepas settlement dilakukan di terminal QashierPay

Silakan merujuk kepada panduan ini untuk membuat proses refund.


Melakukan refund apabila transaksi diluluskan di Gobiz tetapi tidak direkodkan di terminal QashierPay.

Apabila transaksi diluluskan di Gobiz tetapi tidak direkodkan di terminal QashierPay, hal ini kemungkinan disebabkan oleh isu waktu pemuatan transaksi yang terlalu lama, tiada respons dari terminal QashierPay selepas pembayaran, atau sambungan internet yang lemah.

Silakan merujuk kepada panduan ini untuk membuat proses refund.


Adakah ini menjawab soalan anda?