Langkau ke kandungan utama

[MY] Cara-cara Menyelesaikan Masalah Apabila Terminal Tidak Boleh Menerima Pembayaran Melalui GoBiz


Isi Kandungan:


Petunjuk error ketika QashierPay gagal memproses pembayaran

  • "Timeout" error

    Berikut adalah contoh mesej "Timeout" error yang dipaparkan pada terminal QashierPay

  • Mengalami kelewatan yang ketara selepas pembayaran telah diproses.

    Sila rujuk video berikut sebagai rujukan anda


Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah:

a. Sambungan internet yang lemah atau tiada sambungan internet pada QashierPay

  • Hidupkan dan matikan untuk sambungan Wi-Fi

    Jika anda telah menyambungkan terminal QashierPay kepada sambungan Wi-Fi, cuba power off dan kemudian power on balik sambungan WiFi dalam terminal

    1. Pilih butang "" di penjuru kanan sebelah atas halaman utama POS

    2. Pilih "WIFI"

    3. Togol matikan butang wifi yang terletak di sebelah kanan POS, kemudian togol balik semula

    4. Pastikan terminal disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang betul

    Setelah selesai, cuba membuat pembayaran daripada terminal QashierPay sekali lagi

  • Sambungan internet lemah

    Letakkan terminal anda lebih dekat dengan Wi-Fi router anda dan cuba membuat pembayaran daripada terminal.

  • Restart semula kedua-dua modem dan Wi-Fi router anda

    Jika anda telah mengikuti langkah sebelumnya dan terminal masih tidak dapat mebuat proses pembayaran, sila restart kedua-dua modem dan WiFi router anda pada masa yang sama.

    1. Restart kedua-dua modem dan WiFi router anda

    2. Tunggu beberapa saat, dan kemudian hidupkan kedua-dua modem dan WiFi router

    3. Benarkan router untuk but semula sepenuhnya. Setelah ia restart, semak sambungan Wi-Fi pada terminal anda untuk memastikan ia berjaya disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang betul

    4. Setelah sambungan Wi-Fi telah berjaya, teruskan untuk membuat pembayaran daripada terminal sekali lagi

b. Pemilihan kedai yang salah dalam terminal QashierPay

Sekiranya anda mempunyai terminal QashierPOS tambahan selain daripada terminal QashierPay, kemungkinan anda telah log masuk ke "kedai" yang salah di terminal QashierPay anda

  • Untuk mengesahkan sama ada anda telah log masuk ke kedai yang betul pada terminal QashierPay anda, sila ikut langkah-langkah berikut:

    1. Pada halaman utama POS, semak nama kedai anda yang terletak di bawah tarikh

    2. Pastikan nama kedai utama anda dan nama kedai QashierPay berbeza

      1. contoh nama kedai utama dan nama kedai QashierPay:

        1. Kedai utama: Qashier

        2. Kedai QashierPay: Qashier XS

    3. Jika anda masih tidak pasti, anda boleh menghubungi Customer Support Team untuk mendapatkan bantuan

  • Untuk menukar atau log masuk ke kedai QashierPay yang betul:

    1. Pilih butang "" di penjuru kanan sebelah atas halaman utama POS

    2. Pilih "Switch Store"

    3. Masukkan pin terminal anda

    4. Pilih "nama kedai" yang betul


    Setelah selesai, cuba membuat pembayaran di terminal sekali lagi.

c. Setting yang salah dalam QashierPay

  • Semak Terminal ID dan Merchant ID di QashierPay:

    1. Pilih butang "" di penjuru kanan sebelah atas halaman utama POS

    2. Pilih "QashierPay"

    3. Pilih "Overview"

    4. Pastikan medan Terminal ID dan/atau Merchant ID tidak kosong

      1. Jika kosong, sila hubungi Customer Support Team kami untuk bantuan lanjut

      2. Jika tidak kosong, teruskan ke langkah penyelesaian masalah seterusnya

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

  • Semak status tanda pada QashierPay:

    1. Pilih butang "" di penjuru kanan sebelah atas halaman utama POS

    2. Pilih "QashierPay"

    3. Pilih "Sign On"

      1. Jika paparan menunjukkan "Sign on Sucess," ia menunjukkan bahawa terminal telah dilog masuk dengan betul dan berfungsi

      2. Jika paparan menunjukkan "Sign on Error", sila hubungi Customer Support Team kami untuk mendapatkan bantuan lanjut

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

d. Mulakan semula terminal QashierPay

  1. Tekan dan tahan butang yang terletak di sebelah kiri terminal

  2. Pilih "Restart"

  3. Tunggu terminal restart semula dan masuk aplikasi Qashier POS

  4. Cuba buat pembayaran sekali lagi


Jika semua langkah penyelesaian masalah di atas tidak berjaya, sila hubungi Customer Support Team kami untuk mendapatkan bantuan penyelesaian masalah yang lebih komprehensif.


Adakah ini menjawab soalan anda?