Semua Koleksi
Panduan Lengkap HQ Portal Qashier
Pengurusan Inventori
Amaran Stock Rendah (Low Stock Alert) untuk Pengurusan Inventori
Amaran Stock Rendah (Low Stock Alert) untuk Pengurusan Inventori
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Pengenalan kepada Low Stock Alert

Dapatkan notifikasi (alert notification) melalui cara yang berbeza apabila kuantiti stok produk anda berada di bawah 'threshold' atau kehabisan stok.

Terdapat 3 cara untuk mendapatkan alert notification daripada Qashier:-

  • melalui notifikasi POS

  • melalui QashierHQ

  • melalui notifikasi E-mel


Ciri 1: Notifikasi POS

Sebelum mendapat pemberitahuan ini, anda perlu aktifkan fungsi ciri "Track Inventory" pada produk anda untuk dimaklumkan

Jika anda belum berbuat demikian, anda boleh merujuk kepada panduan berikut:

Setelah selesai setup, anda akan mendapat notifikasi terus dari terminal POS seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah:

NOTA: Anda hanya akan mendapat notifikasi ini apabila anda ingin membuat pesanan untuk barang yang sudah tidak mempunyai stok


Ciri 2: Pengurusan Inventori di QashierHQ

Sebelum mendapat notifikasi ini, anda mesti menetapkan nombor "Set Alert Threshold" pada produk anda

Jika anda belum berbuat demikian, anda boleh merujuk kepada panduan berikut:

Di Pengurusan Inventori Pengurusan > Produk QashierHQ, anda boleh melihat bahawa item yang berada di bawah jumlah threshold yang telah anda tetapkan (kotak biru ditunjukkan pada imej di bawah), baris produk akan ditanda dengan warna merah.

Jika anda mempunyai banyak produk dan ingin mencari produk dengan cepat dan hanya ingin melihat produk yang berada di bawah nilai threshold , pilih "SHOW LOW STOCK ITEMS" dengan mengikut langkah di bawah:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Tekan drop-down list di bawah "Product Management"

  3. Pilih "Inventory Management"

  4. Pilih "SHOW LOW STOCK ITEMS"

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Ciri 3: Notifikasi E-mel

Sebelum mendapat notifikasi ini, anda mesti aktifkan fungsi "Set Alert Threshold" terlebih dahulu pada produk anda, kemudian aktifkan fungsi "LOW STOCK ALERT" pada produk anda untuk dimaklumkan melalui e-mel setiap kali pengiraan tahap inventori produk jatuh di bawah 'threshold'

Jika anda belum berbuat demikian, anda boleh merujuk di sini untuk menetapkan "Set Alert Threshold" dahulu, setelah selesai, hanya teruskan ke langkah berikut:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Tekan drop-down list di bawah "Product Management"

  3. Pilih "Inventory Management"

  4. Pilih "LOW STOCK ALERT"

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Terdapat dua syarat untuk menerima notifikasi e-mel untuk 'low stock alert':

1. Apabila jumlah stok awalnya lebih tinggi daripada jumlah threshold yang ditetapkan dan kemudian 1 atau lebih item ditolak, menyebabkan ia jumlah stok sama dengan nilai threshold ditetapkan.

Contoh:

Jumlah stok semasa

Nilai Low Stock Threshold yang ditetapkan

Jumlah stok selepas transaksi dilakukan

Akan menerima notifikasi E-mel?

6

5

5

(hanya 1 item telah dijual dalam transaksi ini)

YA

100

99

97

(3 item telah dijual dalam transaksi ini)

YA

7

5

6

(hanya 1 item telah dijual dalam transaksi ini)

TIDAK

2. Apabila jumlah stok awalnya sama dengan jumlah threshold yang ditetapkan kemudian 1 atau lebih item ditolak, menyebabkan jumlah stok jatuh bawah nilai threshold ditetapkan.

Contoh:

Jumlah stok semasa

Nilai Low Stock Threshold yang ditetapkan

Jumlah stok selepas transaksi dilakukan

Akan menerima notifikasi E-mel?

5

5

4

(hanya 1 item telah dijual dalam transaksi ini)

YA

1000

1000

997

(3 item telah dijual dalam satu transaksi)

YA

7

5

6

(hanya 1 item telah dijual dalam transaksi ini)

TIDAK

Contoh notifikasi e-mel:


Adakah ini menjawab soalan anda?