Cara Mengurus Stok Inventori di QashierHQ
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Menguruskan kiraan stok

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih "Product Management" dan menu akan keluar

  3. Pilih "Inventory Management"

  4. Pilih "produk" yang anda mahu uruskan kiraan stok

  5. Di bawah 'Stock Action', klik pada butang "▼", ia akan menunjukkan senarai pengurusan stok yang tersedia

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Penjelasan Stock Actions

a. Stock Received (Stok Diterima)

  • Pilihan ini membolehkan anda meningkatkan kiraan stok produk berdasarkan stok yang anda terima

b. Damage / Loss / Theft (Kerosakan / Kehilangan / Kecurian)

  • Pilihan ini membolehkan anda mengurangkan kiraan stok produk disebabkan masalah kerosakan, kehilangan atau kecurian

c. Restock Return (Pemulangan Restock)

  • Pilihan ini membolehkan anda meningkatkan kiraan stok produk kerana restock atau memulangkan stok daripada pelanggan anda

d. Reset to Number (Tetapkan Semula)

  • Pilihan ini membolehkan anda RESET kiraan stok produk

  • Jumlah yang anda masukkan menunjukkan bilangan stok yang tersedia untuk produk

e. Others (lain-lain) (+)

  • Pilihan ini membolehkan anda meningkatkan kiraan stok produk atas sebab lain

  • Anda perlu memasukkan sebab apabila menggunakan pilihan ini, dan bilangan stok yang ingin ditambah

f. Others (lain-lain) (-)

  • Pilihan ini membolehkan anda mengurangkan kiraan stok produk atas sebab lain

  • Anda perlu memasukkan sebab apabila menggunakan pilihan ini, dan bilangan stok yang ingin ditolak

g. Set Alert Threshold (Amaran Stok Berkurang)

  • Pilihan ini membolehkan anda menetapkan amaran bila inventori produk jatuh di bawah jumlah yang telah anda tetapkan

  • Setiap kali inventori produk jatuh di bawah jumlah ditetapkan (threshold), ia akan diserlahkan dalam warna merah


Adakah ini menjawab soalan anda?