Langkah 2: Soalan Lazim Pendaftaran Baharu
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Langganan (Subscription)

S: Apakah langganan semasa saya?

J: Setiap pengguna baharu akan menggunakan pelan "Lite" percuma apabila mereka memuat turun aplikasi Qashier.

S: Apakah fungsi yang disertakan dalam pelan langganan saya?

J: Anda boleh mengetahui tentang pelan Lite dengan lebih lanjut di sini.

S: Bolehkah saya menukar atau menaik taraf pelan saya pada bila-bila masa?

J: Anda boleh menukar langganan anda dengan mudah melalui QashierHQ anda. Ia akan berada di bawah tab 'Manage your plans'.


Perkakasan (Hardware)

S: Apakah perkakasan yang bersesuaian dengan Qashier?

J: Aplikasi Qashier menyokong peranti Android (versi 5.1 dan ke atas).

S: Bolehkah saya membeli sebarang perkakasan daripada Qashier? Apakah proses dan masa penghantaran?

J: Anda boleh terus membeli POS dan aksesori daripada kami. Lawati kedai dalam talian kami di sini!

Semak pilihan penghantaran dan anggaran masa ketibaan selepas selesai pembayaran.


Sokongan (Support)

S: Bagaimanakah saya boleh menghubungi Qashier jika saya mempunyai sebarang pertanyaan?

J: Kamu boleh menghubungi [email protected]

Pelanggan pelan Essential & Growth boleh menikmati sokongan 'live chat' dan sokongan WhatsApp daripada pasukan khidmat pelanggan kami.


Penerimaan Bayaran (Accept Payment)

S: Apakah jenis pembayaran yang boleh saya terima melalui Qashier?

J: Anda boleh menaik taraf kepada pelan Essential/Growth untuk mula menerima kaedah pembayaran lain seperti pembayaran Visa, Mastercard, American Express dan E-wallet.

Untuk menambah pembayaran manual kepada POS anda, sila ikut panduan di sini.


Urusan POS (POS Management)

S: Adakah data saya dijamin selamat?

J: Anda boleh mempercayai bahawa data anda selamat dengan kami. Ia dihoskan di Google Cloud dan data anda dimuat naik ke cloud setiap hari. Kami juga mematuhi sepenuhnya piawaian PCI DSS Tahap 1.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang dasar privasi dan perlindungan data kami, sila rujuk Terma Perkhidmatan kami yang terdapat di qashier.com/terms.

S: Bagaimanakah cara untuk saya mencipta produk?

J: Menambah/mengubah produk dan harga boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi Qashier POS dan portal QashierHQ. Ketahui dengan lebih lanjut di sini: POS | HQ

S: Bagaimanakah cara saya mencetak resit?

J: Pencetakan resit memerlukan pencetak tambahan. Anda juga boleh mempertimbang untuk membeli terminal POS QashierX1 dan QashierXL yang sudah mempunyai pencetak sedia ada.

S: Bagaimana boleh saya melihat laporan jualan saya?

J: Anda boleh melihat laporan jualan dalam aplikasi Qashier dan juga di QashierHQ. Ketahui lebih lanjut di sini: POS | HQ


Adakah ini menjawab soalan anda?