Langkau ke kandungan utama

Cara Melihat Laporan Jualan dari Qashier POS

Semak laporan ringkas tentang maklumat jualan anda di Qashier Smart Terminal

Untuk melihat laporan jualan anda dari Qashier POS:

Pilih "REPORTS" di halaman utama POS

Di halaman REPORTS, maklumat ringkas tentang jualan anda pada hari tersebut akan dipaparkan.

  • Sales Information: Anda akan dapat melihat jumlah jualan dan juga maklumat lain seperti bilangan transaksi jualan, bilangan transaksi yang dibatal dan lain-lain.

  • Total Settlement by Payment Method: Anda akan dapat melihat jumlah jualan yang dibuat oleh setiap kaedah pembayaran.

  • Voucher Information: Ringkasan baucar yang ditebus

  • Credit/Point Information: Ringkasan kredit/mata ganjaran yang dijual dan ditebus

    (Hanya terpakai untuk kedai yang menawarkan pakej kredit/mata ganjaran)

  • Settlement by Payment of Invoice: Ringkasan pembayaran invois

    (Hanya terpakai untuk kedai dengan fungsi pengurusan invois)

  • Sales by Employee: Jumlah hasil jualan yang dibuat oleh setiap pekerja. Anda juga boleh melihat butiran jualan pekerja secara individu dengan mengklik pada nama pekerja. Anda boleh rujuk panduan video di bawah:

  • Sales by Tab: Jumlah jualan yang dibuat dalam setiap tab (pengkategorian peringkat pertama)

  • Sales by Category: Jumlah jualan yang dibuat dalam setiap kategori (Pengkategorian peringkat kedua)

  • Sales by Product: Jumlah jualan yang dibuat bagi setiap produk (item individu)


Adakah ini menjawab soalan anda?