Cara Menambah Produk dalam Qashier POS

Proses menambah item adalah sangat mudah di Terminal Pintar Qashier Smart Terminal

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Untuk menambah produk daripada Qashier POS:

  1. Pilih ikon "三" di sudut kanan atas halaman utama POS

  2. Pilih "MANAGE PRODUCTS"

  3. Masukkan nombor TERMINAL PIN anda

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Terdapat 3 peringkat kategori dalam POS kami iaitu Tab, Category, dan Product

Rajah berikut ialah contoh bagaimana anda boleh membuat pengkategorian anda berdasarkan keperluan perniagaan anda:


Cara Membuat Tab:

  1. Pilih "ikon tengah" di penjuru kiri sebelah atas di halaman 'MANAGE PRODUCT'

  2. Pilih jumlah bilangan tab yang dikehendaki dalam senarai "Number of Tabs"

  3. Masukkan nama tab-tab tersebut

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Cara Membuat Kategori:

  1. Klik pada ikon + di penjuru kanan sebelah atas di halaman MANAGE PRODUCT

  2. Pilih CATEGORY

  3. Namakan kategori anda

  4. Pilih Tab yang anda ingin tetapkan kategori tersebut

  5. Tekan CONFIRM

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Cara Menambah Produk:

  1. Pilih kategori yang anda ingin tambahkan produk

  2. Pilih ADD PRODUCT

  3. Masukkan PRODUCT NAME dan PRICE [2 ruang ini wajib dimasukkan]

  4. Tekan CONFIRM

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Tahniah! Anda telah menambah item pertama anda!


Adakah ini menjawab soalan anda?