Langkau ke kandungan utama

Cara Mencipta Tab, Kategori dan Produk Baharu di QashierHQ


Isi Kandungan:


Terdapat 3 lapisan pengkategorian untuk mencipta produk

Pertama sekali, anda perlu mencipta tab, diikuti dengan kategori yang akan dibuat di bawah tab, dan terakhir sekali mencipta produk di bawah kategori yang dicipta.

Kandungan berikut akan membimbing anda melalui cara mencipta tab, kategori dan produk


Mencipta tab baharu di QashierHQ:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih pada anak panah di sebelah Product Management

  3. Pilih "Product Management"

  4. Pilih pada "ikon pen" di sebelah perkataan 'Tab'

  5. Pilih pada ikon "anak panah" di 'Number of Tabs'

  6. Pilih bilangan tab

  7. Namakan tab anda

  8. Pilih "CONFIRM" setelah langkah di atas selesai

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Mencipta kategori baharu di QashierHQ

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih pada anak panah di sebelah Product Management

  3. Pilih "Product Management"

  4. Pilih pada tab yang anda mahu kategori baharu dicipta

  5. Pilih butang "+" di sebelah perkataan 'Category' untuk menambah kategori baharu

  6. Namakan kategori anda

  7. Pilih "Confirm" untuk mencipta kategori

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Mencipta produk baharu di QashierHQ

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih pada anak panah di sebelah Product Management

  3. Pilih menu "Product Management"

  4. Pilih pada "tab", dan kemudian pilih "kategori" di mana anda ingin mencipta produk baharu

  5. Pilih butang "ADD PRODUCT"

  6. Masukkan Product Name dan Price [2 medan ini wajib dimasukkan]

  7. Pilih "CONFIRM"

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Adakah ini menjawab soalan anda?