Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Pengurusan Invois
Cara Menyediakan dan Membuat Invois dengan Bayaran Penuh dari Qashier POS
Cara Menyediakan dan Membuat Invois dengan Bayaran Penuh dari Qashier POS
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Sediakan dan membuat invois dengan pembayaran penuh di POS:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Masukkan pesanan untuk item/produk yang pelanggan ingin beli

  3. Item akan ditunjukkan dalam 'cart' di sebelah kanan halaman


    Berikut ialah panduan video dari Langkah 1 hingga 3:


  4. PENTING: Tekan pada "CUSTOMER" yang terletak dalam kotak merah di sebelah kanan halaman, seperti yang ditunjukkan di bawah:


  5. Anda boleh mencari pelanggan dengan memasukkan Nombor Telefon atau Nama

  6. Setelah selesai mencari, pilih nama atau nombor telefon pelanggan, kemudian pilih "CONFIRM"

    NOTA: Jika pelanggan BELUM didaftar, anda boleh meneruskan untuk berbuat demikian selepas tiada hasil carian ditemui, terminal Qashier akan bertanya jika anda ingin mendaftar pelanggan baharu

    Berikut adalah panduan video dari langkah 4 hingga 6:


  7. Nama pelanggan akan dipaparkan dalam kotak merah di sudut kanan halaman setelah anda berjaya memilih daripada CRM, seperti ditunjukkan di bawah:


  8. Pilih "PAY" di sudut kanan bawah untuk meneruskan pembayaran

  9. Pilih "INVOICE" sebagai kaedah bayaran anda

  10. Anda boleh mengubah Tajuk Invois (Invoice Title), Nombor Invois (Invoice Number), Nombor PO (PO Number) (pilihan), Tarikh Akhir bayaran Invois, Nota Invois (Invoice Notes) mengikuti kehendak anda. Semak juga sama ada Jumlah yang perlu dibayar (Amount Due) dan E-mel adalah betul

  11. Di bawah 'Payment Terms', pilih 'Full Payment'

  12. Setelah semua maklumat betul, pilih "CONFIRM"

  13. Pilih "CONFIRM" jika anda ingin menghantar e-mel invois kepada pelanggan, jika tidak, pilih "CANCEL"

  14. Kemudian teruskan pembayaran deposit dengan memilih "kaedah bayaran" yang dipilih pelanggan

  15. Pilih "CONFIRM" untuk menyelesaikan pembayaran

    Berikut ialah panduan video dari Langkah 7 hingga 15:


Adakah ini menjawab soalan anda?