Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Pengurusan Invois
Cara Menyediakan dan Membuat Pembayaran Invois dalam Qashier POS (Tanpa Deposit)
Cara Menyediakan dan Membuat Pembayaran Invois dalam Qashier POS (Tanpa Deposit)
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Sediakan dan buat pembayaran invois tanpa bayaran deposit pada POS:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Masukkan pesanan untuk item/produk yang pelanggan ingin beli

  3. Item akan ditunjukkan dalam 'cart' di sebelah kanan halaman

    Berikut adalah panduan video dari langkah 1 hingga 3:

  4. PENTING: Tekan pada CUSTOMER yang terletak dalam kotak merah di sebelah kanan halaman, seperti yang ditunjukkan di bawah:

  5. Anda boleh mencari pelanggan dengan memasukkan Nombor Telefon atau Nama

  6. Setelah selesai mencari, pilih nama atau nombor telefon pelanggan, kemudian pilih "CONFIRM"

    NOTA: Jika pelanggan BELUM didaftar, anda boleh meneruskan untuk berbuat demikian selepas tiada hasil carian ditemui, terminal Qashier akan bertanya jika anda ingin mendaftar pelanggan baharu

    Berikut ialah panduan video dari Langkah 4 hingga 6:

  7. Nama pelanggan akan dipaparkan dalam kotak merah di sudut kanan halaman setelah anda berjaya memilih daripada CRM, seperti ditunjukkan di bawah:


  8. Pilih "PAY" di sudut kanan bawah untuk meneruskan pembayaran

  9. Pilih "INVOICE" sebagai kaedah bayaran anda

  10. Anda boleh mengubah Tajuk Invois (Invoice Title), Nombor Invois (Invoice Number), Nombor PO (PO Number) (pilihan), Tarikh Akhir bayaran Invois, Nota Invois (Invoice Notes) mengikuti kehendak anda. Semak juga sama ada Jumlah yang perlu dibayar (Amount Due) dan E-mel adalah betul

  11. Di bawah 'Payment Terms', pilih "No Deposit Required"

  12. Pilih "CONFIRM"

  13. Pilih "CONFIRM" jika anda ingin menghantar e-mel invois kepada pelanggan, jika tidak, pilih "CANCEL"

Setelah langkah 13 selesai, invois sudah sedia.


Berikut ialah panduan video dari Langkah 7 hingga 13:



Buat pembayaran untuk invois tanpa deposit pada POS:

  1. Pilih "Invoice Management" di halaman utama POS

  2. Masukkan pin staf dan pilih "CONFIRM"

  3. Pilih "invois" yang ingin anda buat pembayaran

  4. Pilih butang "FINAL PAYMENT" di bahagian bawah skrin

  5. Pilih "kaedah pembayaran" yang dikehendaki dan teruskan membuat bayaran

  6. Setelah selesai, pilih "BACK TO INVOICE"

  7. Anda boleh lihat status invois telah berubah daripada 'UNPAID' kepada 'FULLY PAID'

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Adakah ini menjawab soalan anda?