Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Pengurusan Invois
Cara Menyediakan dan Membuat Pembayaran Invois dari Qashier POS (Bersama Bayaran Deposit)
Cara Menyediakan dan Membuat Pembayaran Invois dari Qashier POS (Bersama Bayaran Deposit)
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Menyediakan dan buat pembayaran invois yang mempunyai deposit pada POS:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Masukkan pesanan untuk item/produk yang pelanggan ingin beli

  3. Item akan ditunjukkan dalam 'cart' di sebelah kanan halaman


    Berikut ialah panduan video dari Langkah 1 hingga 3:


  4. PENTING: Tekan pada "CUSTOMER" yang terletak dalam kotak merah di sebelah kanan halaman, seperti yang ditunjukkan di bawah:

  5. Anda boleh mencari pelanggan dengan memasukkan Nombor Telefon atau Nama

  6. Setelah selesai mencari, pilih nama atau nombor telefon pelanggan, kemudian pilih "CONFIRM"

    NOTA: Jika pelanggan BELUM didaftar, anda boleh meneruskan untuk berbuat demikian selepas tiada hasil carian ditemui, terminal Qashier akan bertanya jika anda ingin mendaftar pelanggan baharu


    Berikut ialah panduan video dari 4 hingga 6:


  7. Nama pelanggan akan dipaparkan dalam kotak merah di sudut kanan halaman setelah anda berjaya memilih daripada CRM, seperti ditunjukkan di bawah:

  8. Pilih "PAY" di sudut kanan bawah untuk meneruskan pembayaran

  9. Pilih "INVOICE" sebagai kaedah bayaran anda

  10. Anda boleh mengubah Tajuk Invois (Invoice Title), Nombor Invois (Invoice Number), Nombor PO (PO Number) (pilihan), Tarikh Akhir bayaran Invois, Nota Invois (Invoice Notes) mengikuti kehendak anda. Semak juga sama ada Jumlah yang perlu dibayar (Amount Due) dan E-mel adalah betul

  11. Di bawah 'Payment Terms', pilih "Deposit" dan masukkan jumlah deposit yang dibayar pelanggan

  12. Setelah semua maklumat betul, pilih "CONFIRM"

  13. Pilih "CONFIRM" jika anda ingin menghantar e-mel invois kepada pelanggan, jika tidak, pilih "CANCEL"

  14. Kemudian teruskan pembayaran deposit dengan memilih "kaedah bayaran" yang dipilih pelanggan

  15. Pilih "CONFIRM" untuk menyelesaikan pembayaran


    Berikut ialah panduan video dari Langkah 7 hingga 15:


Lakukan bayaran untuk invois yang mempunyai deposit pada POS:

  1. Pilih "Invoice Management" di halaman utama POS

  2. Masukkan pin staf dan pilih "CONFIRM"

  3. Pilih "invois" yang ingin anda buat pembayaran

  4. Pilih butang "FINAL PAYMENT" di bahagian bawah skrin

  5. Pilih "kaedah pembayaran" yang dikehendaki dan teruskan membuat bayaran

  6. Setelah selesai, pilih "BACK TO INVOICE"

  7. Anda boleh lihat status invois telah berubah daripada PARTIALLY PAID kepada FULLY PAID

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Adakah ini menjawab soalan anda?