Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Pengurusan Keahlian Pelanggan (CRM)
Cara Mendaftar Pelanggan anda sebagai Ahli di Qashier POS
Cara Mendaftar Pelanggan anda sebagai Ahli di Qashier POS
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Terdapat dua cara untuk mendaftarkan pelanggan anda sebagai ahli:


Cara 1: Daftar di POS & PAYMENT

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Pilih "CUSTOMER" yang terletak dalam kotak merah di sebelah kanan halaman

  3. Cari pelanggan yang anda mahu dengan memasukkan nombor telefon atau nama mereka

  4. Pilih "SEARCH" dan nama pelanggan akan ditunjukkan

  5. Jika pelanggan itu masih belum didaftar, mesej peringatan akan timbul dan menyatakan bahawa "customer is not found, please key in the correct phone number/name. Or would you like to register the customer now?"

  6. Pilih "REGISTER CUSTOMER"

  7. Masukkan nombor telefon dan nama pelanggan (wajib diisi). Selebihnya adalah pilihan

  8. Tandai kotak pengisytiharan PDPA

  9. Skrol ke bahagian bawah halaman dan pilih "CONFIRM"

  10. Mesej pengesahan pendaftaran akan timbul, pilih "OK" untuk mengesahkan penambahan keahlian pelanggan

  11. Selepas pendaftaran selesai, anda akan dapat melihat nama pelanggan pada kotak merah di sudut kanan halaman "POS & PAYMENT"

  12. Teruskan untuk menyelesaikan transaksi

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Cara 2: Daftar di Customer Management

  1. Pergi ke "CUSTOMER MANAGEMENT"

  2. Pilih "Add New Customer" di penjuru kiri sebelah atas halaman

  3. Masukkan nombor telefon dan nama pelanggan (wajib diisi). Selebihnya adalah pilihan

  4. Tandai kotak pengisytiharan PDPA

  5. Skrol ke bahagian bawah halaman dan pilih "CONFIRM"

  6. Mesej pengesahan pendaftaran akan timbul, pilih "OK" untuk mengesahkan penambahan keahlian pelanggan

  7. Mesej 'Registration Successful' akan muncul di bahagian bawah halaman

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Adakah ini menjawab soalan anda?