Isi Kandungan:
Untuk menambah pelanggan baru:
Pergi ke "CUSTOMER MANAGEMENT"
Tekan "Add New Customer" di penjuru kiri sebelah atas halaman
Masukkan nombor telefon (phone number) dan nama (name) (wajib diisikan). Maklumat selebihnya tidak wajib diisi
Tandai kotak di bawah pengisytiharan PDPA
Scroll ke bawah ke halaman dan pilih "CONFIRM"
Mesej pengesahan akan dipaparkan di skrin, tekan "OK" untuk menambah pelanggan
Mesej 'Registration Successful' akan muncul di bahagian bawah halaman
Senarai pelanggan yang telah anda daftar akan muncul di sebelah kiri halaman Customer Management. Anda boleh melihat kenalan pelanggan, maklumat jualan dan sejarah pembelian.
Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:
Untuk memadam keahlian pelanggan:
Pergi ke "CUSTOMER MANAGEMENT"
Masukkan nama, nombor telefon, atau e-mel pelanggan yang anda mahu padam di bar carian.
Tekan pada "search icon" di sebelah kanan bar carian
Nama pelanggan akan muncul di sebelah kiri halaman, tekan padanya untuk menunjukkan butiran pelanggan
Tekan "ikon tong kelabu" di sebelah nama pelanggan
Tekan "CONFIRM" dan masukkan terminal PIN untuk memadam pelanggan
Mesej 'Delete Successful' akan dipaparkan, tekan OK
Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:
Cara mengedit butiran pelanggan:
Pergi ke "CUSTOMER MANAGEMENT"
Masukkan nama, nombor telefon, atau e-mel pelanggan yang anda mahu edit butiran di bar carian.
Tekan pada "search icon" di sebelah kanan bar carian
Nama pelanggan akan muncul di sebelah kiri halaman, tekan padanya untuk menunjukkan butiran pelanggan
Tekan pada "ikon pencil" (ikon ketiga di sebelah nama pelanggan)
Edit butiran yang diperlukan (cth. pertukaran nombor telefon bimbit, e-mel, tarikh lahir dan lain-lain)
Tekan "CONFIRM" apabila perubahan telah dibuat
Mesej 'update successful' akan dipaparkan di bawah halaman
Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:
Daftar pelanggan anda sebagai ahli sekarang!



