Cara mengurus pelanggan anda di QashierHQ

Simpan maklumat pelanggan anda dan lihat interaksi mereka dengan perniagaan anda dari portal QashierHQ

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Untuk menambah pelanggan baru:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih "Customer Management" yang terletak di sebelah kiri bar navigasi

  3. Pilih "+ CREATE"

  4. Masukkan nombor telefon bimbit, nama dan kedai pelanggan (wajib). Medan lain adalah tidak wajib

  5. Pilih "CONFIRM" untuk menambah pelanggan baru

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Untuk memadamkan pelanggan:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih "Customer Management" yang terletak di sebelah kiri bar navigasi

  3. Masukkan nama, nombor, atau e-mel pelanggan yang ingin anda padamkan ke dalam bar carian

  4. Butiran pelanggan akan dipaparkan

  5. Pilih pada "pelanggan" dan 'pop-up box' akan dipaparkan

  6. Pilih ikon "pensel" di sebelah nama pelanggan

  7. Pilih "DELETE", diikuti dengan "CONFIRM" untuk keluarkan pelanggan daripada senarai anda

  8. Mesej 'delete success' akan muncul di bahagian bawah sebelah kanan halaman

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Cara mengedit butiran pelanggan:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih "Customer Management" yang terletak di sebelah kiri bar navigasi

  3. Masukkan nama, nombor atau e-mel pelanggan yang ingin anda edit ke dalam bar carian

  4. Butiran pelanggan akan dipaparkan

  5. Pilih pada pelanggan dan 'pop-up box' akan dipaparkan

  6. Pilih pada ikon "pensel" di sebelah nama pelanggan

  7. Edit butiran yang diperlukan (cth. pertukaran nombor telefon bimbit, e-mel, tarikh lahir dan lain-lain)

  8. Pilih "CONFIRM" setelah perubahan telah dibuat

  9. Mesej 'edit success' akan muncul di bahagian bawah sebelah kanan halaman

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Cara mengeksport pangkalan data pelanggan:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih "Customer Management" yang terletak di sebelah kiri bar navigasi

  3. Pilih "EXPORT" di sebelah kanan halaman

  4. Pilih "CONFIRM" untuk meneruskan eksport pangkalan data pelanggan anda

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Adakah ini menjawab soalan anda?