Langkau ke kandungan utama

Cara Sambungkan Pencetak Dapur Wifi ke POS Qashier (Wifi Kitchen Printer)


Isi Kandungan:


Peralatan yang diperlukan untuk setup Pencetak Wifi:

  1. Qashier POS

  2. Pencetak Wifi Qashier (model Hitam)

  3. Komputer riba atau telefon


Alamat IP mungkin mempunyai kombinasi yang berbeza:

  • 192.168.50.X

  • 192.168.1.X

  • 192.168.0.X

Ikuti panduan kami di bawah untuk mengetahui alamat IPv4 anda untuk setup pencetak anda.


Bahagian 1: Cari alamat IP Qashier POS anda

Berikut ialah cara untuk mencari alamat IP Wifi anda:

  1. Sambungkan terminal POS Qashier anda ke rangkaian Wi-Fi anda. (Jika rangkaian anda mempunyai Wi-Fi 2.4 GHz dan 5 GHz, sambungkan ke rangkaian 2.4 GHz.)

    Untuk mengenal pasti rangkaian yang mana 2.4 GHz dan 5 GHz, rujuk nama Wi-Fi anda.

    Wi-Fi 2.4 GHz

    [nama Wi-Fi anda] ATAU [nama Wi-Fi anda_2.4G]

    Wi-Fi 5 GHz

    [nama Wi-Fi anda_5G].

  2. Setelah disambungkan, pergi ke halaman Wi-Fi pada terminal POS Qashier anda.

  3. Pilih ikon Gear yang terletak di bahagian atas sebelah kanan halaman Wi-Fi.

  4. Ambil perhatian pada alamat IPv4 anda (e.g. 192.168.50.xxx).

    Abaikan 3 digit terakhir di belakang titik terakhir.

    Anda perlu memasukkan alamat IP dalam halaman konfigurasi pencetak biru di bawah.


Bahagian 2: Mengkonfigurasi Alamat IP Wifi Pencetak anda

  • Hidupkan pencetak anda dan letakkan gulungan resit di dalamnya.

  • Sambungkan komputer/telefon anda ke Wifi Pencetak (Nama rangkaian pencetak bermula dengan 'E250-xxxx').

  • Buka mana-mana pelayar internet anda dan taipkan/cari 10.10.100.254 dan ia akan meminta nama pengguna dan kata laluan.

  • Nama pengguna/Username: admin
    Kata laluan: admin

  1. Pergi ke "STA Setting"

  2. Pada 'Network Name (SSID)', pilih "Scan"

  3. Pilih rangkaian wifi anda daripada senarai.

  4. Password: Masukkan kata laluan wifi anda.

  5. IP Address: Berdasarkan alamat IPv4 yang anda sudah dapat dari Bahagian 1 tadi

    Salin alamat IP tetapi 3 digit terakhir bertukar kepada '201' (untuk pencetak kedua, tukar kepada '202', pencetak ketiga, tukar kepada '203' dan seterusnya)

  6. Gateway Address Salin alamat IP tetapi 3 digit terakhir bertukar kepada '1'

Jangan ubah perkara berikut:

  • Encryption Method

  • Encryption Algorithm

  • Obtain an IP address automatically: Disable

  • Subnet Mask: Enter 255.255.255.0

  • DNS Server Address

Pilih "Save" dan mulakan semula pencetak anda dengan mematikan dan menghidupkannya semula. Pencetak anda akan mencetak slip Konfigurasi Wifi seperti yang ditunjukkan di bawah:


Bahagian 3: Bagaimana untuk memautkan terminal POS Qashier anda ke Pencetak WIFI Qashier anda

Pada terminal POS Qashier anda,

  1. Di halaman utama, pilih butang tetapan ☰ di sudut kanan atas

  2. Pilih Settings

  3. Masukkan terminal pin anda

  4. Pilih Printer Settings

  5. Tekan pada kotak di bawah 'Printer 1 IP Address', dan masukkan alamat IP yang telah anda tetapkan sebelum ini di Bahagian 2

  6. Masukkan baki alamat IP pencetak ke medan yang tersedia, jika anda mempunyai lebih daripada 1 pencetak

  7. Setelah selesai, pilih SAVE dan kembali ke halaman menu utama

Jangan pilih "PRINTER "x" SETUP CONFIGURATION"

Berikut ialah panduan video dari Langkah 1 hingga 7:


Bahagian 4: Cara untuk untuk menetapkan produk kepada pencetak anda

Untuk memenuhi keperluan ini, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

Dan... anda sudah selesai!


Perhatian: Gulungan resit thermal boleh dibeli dalam talian atau di mana-mana kedai alat tulis/kedai resit/kedai menjual alatan pejabat. Dimensi Disyorkan: 80mm (lebar) x 60mm (tinggi)

*Sebarang ketinggian di bawah 80mm boleh diterima juga

Adakah ini menjawab soalan anda?