Langkau ke kandungan utama

[MY] GoBiz - Soalan Lazim

Soalan Lazim (FAQ) mengenai QashierPay atau perkara berkaitan dengan Gobiz:

S: Berapa lamakah masa yang diambil untuk Gobiz membayar balik pembayaran?

J: Gobiz akan mengambil masa 3-5 hari bekerja untuk membayar balik bayaran selepas settlement dibuat

S: Adakah bayaran terus dibayar kepada akaun bank saya?

J: Ya, bayaran daripada Gobiz akan dibayar balik terus ke akaun bank yang anda daftarkan dengan Gobiz.

S: Jika anda telah menerima e-mel yang menyatakan bahawa pembayaran anda telah ditahan, apakah langkah yang boleh anda ambil untuk meminta Gobiz membuat bayaran tersebut?

J: Jika anda telah menerima e-mel mengenai perkara di atas, sila hubungi Customer Support Team kami untuk bantuan lanjut.

Kemungkinan menerima e-mel mengenai pembayaran yang ditahan oleh Gobiz:


Settlement tidak / lambat dilakukan

Jika anda tidak melakukan settlement sehari sebelumnya, sila rujuk artikel ini untuk mengetahui cara melakukan settlement


Payee ID yang salah diberikan kepada Gobiz semasa pendaftaran

  1. Anda perlu mengesahkan semula Payee ID dengan bank yang telah anda daftarkan dengan Gobiz, dan memastikan bahawa ID tersebut adalah betul.

  2. Sekiranya bank telah memlakukan kesilapan, sila hubungi bank yang berkenaan dan minta mereka membetulkan Payee ID

  3. Jika anda telah memberikan Payee ID yang salah kepada Gobiz, sila hubungi Customer Support Team kami dan berikan Payee ID yang betul untuk membuat pembetulan


Transaksi besar yang ditandakan sebagai transaksi risiko tinggi oleh Gobiz Risk Management Team

Jika terdapat sebarang transaksi besar yang ditandakan sebagai transaksi risiko tinggi oleh Gobiz Risk Management Team, mereka akan menghantar e-mel notifikasi kepada anda tentang transaksi tersebut. E-mel ini akan mengandungi garis panduan dan senarai dokumen yang mereka perlukan daripada anda. Anda boleh membalas terus kepada mereka melalui e-mel atau melalui saluran komunikasi yang dinyatakan di dalam e-mel.

Jika anda tidak menerima sebarang e-mel daripada Gobiz Risk Management Team, sila hubungi Customer Support Team kami supaya kami boleh membantu anda mengenai perkara ini.


Adakah ini menjawab soalan anda?