Semua Koleksi
Panduan Lengkap HQ Portal Qashier
Sistem Pesanan Dalam Talian QashierEats
Langkah setup sistem pesanan dalam talian QashierEats anda di QashierHQ
Langkah setup sistem pesanan dalam talian QashierEats anda di QashierHQ
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Pengenalan kepada QashierEats

QashierEats adalah sistem pesanan dalam talian yang membolehkan satu perniagaan menawarkan perkhidmatan delivery dan pick-up makanan kepada pelanggan anda. Ia menyediakan halaman yang mesra pengguna untuk pelanggan melihat menu, membuat pesanan, dan membuat bayaran dalam talian.

Anda akan diberikan laman web yang khusus untuk perniagaan anda. Berikut adalah contoh laman web QashierEats:


Setup laman web QashierEats

Untuk memulakan setup laman web QashierEats anda, sila hubungi Customer Support Team untuk mendapatkan panduan lanjut. Untuk memastikan proses permohonan yang lancar, sila menyediakan maklumat berikut terlebih dahulu:

Sebaik sahaja anda memberikan maklumat yang diperlukan kepada customer support team kami, mereka akan menghubungi anda apabila kedai anda telah berjaya disediakan. Selepas itu, anda boleh meneruskan konfigurasi yang lanjut bagi kedai QashierEats anda dengan menggunakan panduan yang disediakan di bawah.


Menambah kategori dan produk untuk Kedai QashierEats:

Menambah kategori

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih ikon anak panah di sebelah Online Ordering Management

  3. Pilih "QashierEats Management"

  4. Pilih "Edit Category" diikuti dengan butang "+ New Category" di sudut kanan atas halaman

  5. Namakan kategori anda di medan Category Name.(cth. Desserts)

  6. Pilih "CONFIRM" untuk menambah kategori

Nota: Anda mempunyai fleksibiliti untuk melaraskan susunan paparan kategori mengikut keutamaan/keinginan anda.

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Menambah Produk ke kedai anda

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih ikon anak panah di sebelah Online Ordering Management

  3. Pilih "QashierEats Management"

  4. Di bawah kategori anda yang baru dicipta, anda boleh menambah produk di dalamnya. Pilih pada kotak "+" untuk menambah produk

  5. Beri nama produk dan masukkan harga [diwajib isikan]

  6. Pilih ikon "pensel" di penjuru kiri sebelah atas halaman untuk memuat naik gambar produk anda

  7. Pilih "jenis pesanan" bagi produk anda untuk dijual di web QashierEats.

  8. Pilih "SAVE"

    Nota: Jika KDS atau kitchen printer index tidak ditetapkan, sistem akan menunjukkan mesej tanyakan samaada anda mahu meneruskan tanpa membuat tetapan. Pilih "OK" jika anda ingin meneruskan

Sila ambil perhatian bahawa hanya nama produk dan harga diwajib isikan untuk mencipta produk baharu.

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Tugaskan modifier kepada kategori dan produk untuk QashierEats

Penugasan modifiers:

Anda boleh menugaskan modifiers sama ada pada peringkat kategori atau peringkat produk.

Jika anda masih belum mencipta set modifier atau modifier, sila rujuk panduan berikut untuk bantuan:

Tugaskan modifier kepada kategori:

  1. Go to QashierHQ

  2. Pilih pada ikon drop-down di Online Ordering Management

  3. Pilih "QashierEats Management"

  4. Pilih "Edit Category"

  5. Pilih "ASSIGN" yang terletak di sebelah kategori yang anda ingin tugaskan modifier

  6. Pilih "modifier set" yang ingin anda tugaskan, dan pilih nama "modifier set" untuk memilih semua modifier dalam set itu secara automatik

  7. Pilih "CONFIRM" untuk meneruskan tugasan modifiers

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Tugaskan modifier kepada produk

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih pada ikon drop-down di Online Ordering Management

  3. Pilih "QashierEats Management"

  4. Pilih "produk" yang anda ingin tetapkan modifier

  5. Pilih "MODIFIER (0)" di bahagian bawah halaman

  6. Pilih "modifier set" yang anda ingin tetapkan, dan pilih nama "modifier set" untuk memilih semua modifier dalam set itu secara automatik

  7. Pilih "CONFIRM" untuk meneruskan tugasan modifiers

  8. Setelah menyelesaikan tugasan modifier, label "MODIFIER (0)" akan bertukar kepada "MODIFIER (x)" dengan "x" mewakili jumlah bilangan tambahan modifier yang telah diberikan kepada produk

  9. Pilih "SAVE" diikuti dengan "OK" untuk menyelesaikan tugasan modifier

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Ini adalah contoh modifier akan dipaparkan di bawah produk di laman web QashierEats:


Menjana dan Memuat Turun kod QR QashierEats

Anda juga mempunyai pilihan untuk menjana kod QR bagi kedai QashierEats anda. Kod QR ini boleh dikongsi kepada pelanggan anda, dan membolehkan mereka mengimbasnya, membuat pesanan mereka dan membuat pembayaran terus di laman web anda.

i. Jana kod QR (jika model perniagaan anda tidak mempunyai dine-in)

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih pada ikon "drop-down" di Online Ordering Management

  3. Pilih "QashierEats Management"

  4. Pilih "QR Code" dan kod QR akan dipaparkan

  5. Pilih "DOWNLOAD" untuk memuat turun kod QR

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

ii. Jana kod QR dengan nombor meja (jika perniagaan anda menyediakan pilihan

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih pada ikon "drop-down" di Online Ordering Management

  3. Pilih "QashierEats Management"

  4. Pilih "QR Code" dan kod QR akan dipaparkan

  5. Di bahagian "Table Number", masukkan nombor meja yang dikehendaki. Kod QR akan dijana berdasarkan nombor meja yang anda masukkan. Sila ambil perhatian bahawa bilangan maksimum character atau digit yang dibenarkan ialah 5.

  6. Pilih "DOWNLOAD" untuk memuat turun kod QR

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Akses laman web QashierEats anda

Selepas siap setup kedai QashierEats anda, anda kini boleh mengakses laman web kedai QashierEats anda untuk mengesahkan bahawa semua langkah setup telah ditetapkan dengan betul.

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih ikon "drop-down" di Online Ordering Management

  3. Pilih "QashierEats Management"

  4. Pilih "Go to Client/Store"

  5. Pilih "Store" dan anda akan dibawa ke laman web QashierEats anda

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Adakah ini menjawab soalan anda?