Isi Kandungan:
Pengenalan kepada Service Hour
Fungsi 'Service Hour' membolehkan produk anda 'available' untuk pelanggan membuat pesanan untuk tempoh masa yang tertentu. Fungsi ini hanya serasi dengan pesanan QR Statik atau Dinamik yang disertakan di fungsi Pengurusan Meja.
Ciri ini berguna jika 'availability' produk anda terikat pada slot masa tertentu. Dengan menggunakan 'service hour', anda tidak perlu lagi tetapkan 'availability' makanan secara manual setiap kali slot masa berubah.
Sebagai contoh, anda menawarkan hidangan sarapan pagi yang hanya ada dari 6 pagi hingga 11 pagi. Dalam tempoh masa yang ditetapkan ini, pelanggan boleh membuat pesanan menggunakan pesanan QR. Walau bagaimanapun, jika pelanggan cuba memesan hidangan sarapan pagi itu pada pukul 3 petang, mereka tidak akan mempunyai pilihan untuk berbuat demikian kerana hidangan itu tidak akan dipaparkan di laman QashierEats.
Bagaimanakah fungsi Service Hour dipaparkan pada menu pesanan QR?
Di dalam sistem POS, semua produk di bawah kategori Service Hour tersedia seperti yang ditunjukkan dalam imej di bawah:
Dalam contoh ini:
Item Breakfast menu boleh dipesan dari 8 pagi - 12 tengah hari (ditujukkan dalam kotak oren)
Item Lunch menu boleh dipesan dari 12 tengah hari - 3 petang (ditunjukkan dalam kotak hijau)
Selain daripada dua service hour yang dinyatakan di atas, item menu tersebut TIDAK akan keluar dalam menu pesanan QR.
Berikut adalah video yang menunjukkan lunch menu yang tersedia semasa
waktu makan tengah hari (service hour dari 12pm – 3pm) selepas mengimbas kod QR
Masa yang ditunjukkan dalam video atas menunjukkan 2:41 pm. Masa ini termasuk dalam 'service hour' untuk item Lunch Menu. Jadi, dalam menu pesanan QR, anda hanya boleh memesan item menu makan tengah hari.
Anda tidak boleh memesan item Breakfast Menu atau menu waktu perkhidmatan lain (jika ada)
Berikut adalah video yang menunjukkan breakfast menu yang tersedia semasa waktu sarapan (service hour dari 8 pagi – 12 malam) selepas mengimbas kod QR
Masa yang ditunjukkan dalam video atas menunjukkan 9:54 am. Masa ini termasuk dalam 'service hour' untuk item Breakfast Menu. Jadi, dalam menu pesanan QR, anda hanya boleh memesan item menu Breakfast.
Anda tidak boleh untuk memesan item Lunch Menu atau menu waktu perkhidmatan lain (jika ada)



