Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Pesanan QR untuk Pengurusan Meja
Cara Menggunakan Pesanan QR Statik di Qashier POS
Cara Menggunakan Pesanan QR Statik di Qashier POS
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Perkara yang perlu disediakan sebelum menggunakan Pesanan QR Statik:

  • Sediakan kod QR terlebih dahulu dan letakkannya sama ada di atas meja atau di atas tempat paparan supaya pelanggan di setiap meja dapat mengimbas kod QR untuk membuat pesanan

  • Sila rujuk panduan ini untuk mengetahui cara mendapatkan kod QR statik


Cara menggunakan Pesanan QR Statik di Qashier POS:

  1. Pergi ke "POS & Payment"

  2. Pilih meja yang anda mahu aktifkan QR Statik untuk pelanggan mengimbas dan membuat pesanan

  3. Setelah meja diaktifkan, ikon meja akan bertukar daripada warna kelabu kepada warna biru

    Berikut adalah panduan video dari langkah 1 hingga 6:


  4. Pelanggan meja itu boleh mengimbas kod QR khusus untuk membuat pesanan

  5. Selepas pelanggan mengimbas kod QR, mereka akan dibawa ke laman web QashierEats

  6. Pelanggan akan memilih makanan yang ingin dipesan

  7. Pilih "Add for $ x.xx" untuk menambah pesanan ke dalam cart

  8. Setelah semua pesanan telah disahkan, pilih butang "Cart" di sudut kanan atas

  9. Pilih "Place order $x.xx" untuk menghantar senarai pesanan ke dapur untuk menyediakan pesanan

  10. Akan ada bunyi pemberitahuan, ikon meja akan bertukar daripada warna biru kepada warna hijau, dan senarai pesanan pelanggan akan ditunjukkan di terminal

    Berikut adalah panduan video dari langkah 4 hingga 10:

    Pelanggan telah berjaya membuat pesanan melalui QR Statik!


Adakah ini menjawab soalan anda?