Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Pengurusan Tunai (Cash Management)
Cara Menggunakan Pengurusan Tunai (Cash Management) di Qashier POS
Cara Menggunakan Pengurusan Tunai (Cash Management) di Qashier POS

Jejaki aliran tunai masuk/keluar daripada laci tunai di Terminal Pintar Qashier dan Portal QashierHQ.

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Menggunakan fungsi CASH IN:

Fungsi CASH IN akan digunakan dalam 2 keadaan:

  1. Digunakan semasa permulaan hari di mana anda memasukkan jumlah wang tunai dan syiling (juga dikenali sebagai float/petty cash) yang anda ingin letakkan dalam laci tunai untuk memulakan hari anda.

  2. Digunakan semasa operasi perniagaan anda apabila tambahan nilai tunai diperlukan (contoh: tambah nilai float/petty cash)

Langkah-langkah untuk menggunakan fungsi CASH IN:

  1. Pergi ke "CASH MANAGEMENT" di laman menu utama POS

  2. Juruwang boleh masukkan staff PIN, kemudian pilih "CONFIRM"

  3. Pilih "CASH IN"

  4. Masukkan nilai wang yang anda ingin

  5. Masukkan nota (ini tidak wajib tetapi disarankan untuk anda memasukkan sebab wang masuk untuk permudahkan anda melihat rekod jika perlu)

  6. Tekan "CONFIRM"

  7. Di bawah Cash In/Out History, anda akan boleh dapat melihat jumlah float dan nota yang ditulis

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Menggunakan fungsi CASH OUT:

Fungsi CASH OUT akan digunakan dalam 2 keadaan:

  1. Digunakan pada penghujung hari apabila settlement selesai dan anda akan mengeluarkan wang dari cash drawer untuk hari tersebut

  2. Digunakan semasa operasi perniagaan anda apabila pengeluaran tunai ad-hoc diperlukan (cth. pembayaran tunai kepada pembekal/pekerja)

Langkah-langkah untuk menggunakan fungsi CASH OUT:

  1. Pergi ke "CASH MANAGEMENT" di laman menu utama POS

  2. Juruwang boleh masukkan staff PIN, kemudian pilih "CONFIRM"

  3. Pilih "CASH OUT"

  4. Masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan daripada laci tunai dan nota (cth. pembekal bayar atau settlement/closing)

  5. Tekan "CONFIRM"

  6. Di bawah Cash In/Out History, anda sepatutnya dapat melihat jumlah yang anda keluarkan dan butiran nota jika dinyatakan

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Menggunakan fungsi TALLY:

Fungsi TALLY biasanya digunakan pada penghujung hari. Sistem mengira wang tunai dalam cash drawer anda secara automatik dengan menyatukan sejarah cash in/out & jualan tunai sepanjang hari. Fungsi Tally memastikan bahawa pengiraan manual tunai anda sepadan dengan kiraan sistem.

Langkah-langkah untuk menggunakan fungsi tally:

  1. Pergi ke "CASH MANAGEMENT" di laman menu utama POS

  2. Juruwang boleh masukkan staff PIN, kemudian pilih "CONFIRM"

  3. Pilih "TALLY"

  4. Masukkan jumlah wang tunai yang dikira (termasuk floating anda) dalam laci tunai anda pada penghujung hari.

  5. Tekan pada "YES"

  6. Rekod sistem dan kiraan manual tunai akan dipaparkan di bawah CASH IN/OUT History.

Nota:

Kedua-dua jumlah di bawah sistem dan manual harus dikira.

Jika ia tidak sepadan, ia mungkin disebabkan oleh kesilapan manusia atau/dan cash in/out yang tidak direkodkan dalam sistem.

Langkah yang perlu diambil jika sistem dan pengiraan manual anda tidak tally

  1. Kira semula wang tunai dalam cash drawer anda untuk memastikan tiada kesilapan yang terlibat.

    1. Jika ia disebabkan oleh kesilapan, pilih TALLY dan masukkan semula jumlah yang betul sekali lagi

  2. Semak semula jika semua cash in/out tunai tambahan direkodkan

    1. Jika anda telah terlepas sebarang cash in/out, pilih CASH IN atau CASH OUT dan lakukan TALLY sekali lagi dalam cash management


Aliran Settlement Tunai:

Senario 1: Settlement tunai di mana TIADA cash in dan cash out LEBIHAN.

Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Senario 2: Settlement tunai di mana cash in dan cash out LEBIHAN terlibat.

Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

PERINGATAN PENTING:

Jika cash out tidak dilakukan untuk hari itu, kiraan sistem semasa akan dibawa ke hari berikutnya. Ia tidak akan ditetapkan semula secara automatik kepada 0.

Jika anda ingin memulakan jumlah laci tunai anda dengan $0 pada permulaan setiap hari, anda disyorkan untuk melakukan cash out pada penghujung setiap hari.

Kesilapan biasa yang akan menyebabkan pengiraan tunai tidak Tally.

  • Tidak melakukan cash out pada penghujung hari, dan memasukkan semula jumlah baki wang tunai semalam pada hari berikutnya. Ini akan menyebabkan wang tunai yang direkodkan dalam sistem menjadi dua kali ganda daripada apa yang sebenarnya ada pada cash drawer.

  • Merekodkan penerimaan tunai ad-hoc pada siang hari sebagai Cash In, tetapi tidak menyimpan wang tunai di dalam cash drawer.

  • Menggunakan wang tunai daripada cash drawer untuk membayar bekalan tanpa merekodkan Cash Out.

    *Tally boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang hari untuk memastikan wang tunai dalam laci tunai dikira dengan betul, dan ia tidak membawa kepada sebarang perubahan dalam jumlah tunai.


Adakah ini menjawab soalan anda?