Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Pengurusan Tunai (Cash Management)
Pengenalan kepada Pengurusan Tunai (Cash Management)
Pengenalan kepada Pengurusan Tunai (Cash Management)

Jejaki aliran tunai masuk/keluar daripada laci tunai di terminal Qashier POS dan Portal QashierHQ

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Untuk Melihat Cash Management di Terminal POS Qashier:

  1. Pilih "CASH MANAGEMENT" di halaman menu utama POS.

  2. Juruwang untuk memasukkan PIN staf.

Fungsi-fungsi di dalam Cash Management:

  1. Calendar icon

    Membolehkan anda memilih lingkungan tarikh yang anda ingin lihat rekod transaksi tunai.

  2. Cash Drawer icon

    Untuk kecemasan atau lain-lain (eg. pertukaran wang yang salah diberikan selepas menutup laci tunai), masukkan PIN terminal untuk membuka laci tunai.

  3. Amount in cash drawer
    Tekan untuk melihat jumlah tunai yang tersedia dalam laci tunai pada masa ini. Hanya boleh diakses oleh pengurus. Kakitangan tidak sepatutnya mempunyai akses kepada ini untuk mengelakkan penipuan/mencuri.

  4. CASH IN

    Guna ini apabila anda mendepositkan wang ke dalam laci tunai (contoh pada permulaan hari). Ini akan menambah baki yang ada dalam laci tunai.

  5. CASH OUT

    Guna ini apabila anda mengeluarkan wang dari laci tunai (contoh pada penghujung hari). Ini akan mengurangkan baki yang tersedia dalam laci tunai

  6. TALLY
    Digunakan paling kerap apabila kakitangan bertukar syif dan/atau pada penghujung hari. Juruwang dikehendaki mengira wang tunai secara manual di dalam laci tunai dan pilih TALLY untuk memasukkan amaun. Rekod sistem dan kiraan manual tunai akan dipaparkan di bawah CASH IN/OUT HISTORY. Kedua-dua amaun harus tally/sama.


Adakah ini menjawab soalan anda?