Penerangan Discount Management

Pengenalan ringkas tentang Pengurusan Diskaun dan Penggunaannya

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Pengurusan Diskaun ialah fungsi yang membolehkan anda menjalankan acara promosi. Dengan fungsi ini, anda boleh mengurus diskaun dengan mudah dari QashierHQ dan menggunakannya semasa melakukan transaksi di POS Qashier anda.

Berikut ialah gambaran keseluruhan ringkas, bersama dengan pautan artikel yang berkaitan, jika ada.

Pada masa ini terdapat dua jenis diskaun dalam Pengurusan Diskaun:

1. Preset Discount

Anda boleh menyediakan diskaun pratetap 'preset' dari HQ Portal anda supaya anda tidak lagi perlu masukkan diskaun dengan manual. Preset Discount ini boleh diaktifkan secara manual pada POS Qashier, sama ada pada peringkat produk atau peringkat bil. Apabila anda memilih barang, pilihan diskaun itu akan dipaparkan dan anda boleh tekan untuk mengaktifkannya.

Contoh kegunaan diskaun ini adalah jika anda ada 'grand opening' di mana anda ingin menjual produk/perkhidmatan dengan harga yang lebih rendah. Untuk menyediakan diskaun ini, rujuk langkah di bawah:

  • Tentukan tempoh promosi dan pilih hari dan masa tertentu apabila diskaun harus aktif

  • Pilih peratusan (%) atau diskaun dolar ($).

  • Pilih produk tertentu untuk disertakan dalam promosi atau gunakan diskaun pada keseluruhan bil

2. Custom Discount

Anda boleh membuat diskaun secara langsung pada POS Qashier tanpa sebarang setup terlebih dahulu. Fungsi diskaun jenis 'custom' ialah fungsi yang sudah sedia ada di Qashier POS. Anda boleh memilih antara diskaun jenis peratusan (%) atau dolar ($) dan masukkan nilai diskaun di bawah medan teks

Diskaun ini boleh digunakan untuk kegunaan harian anda. Untuk membuat diskaun ini, rujuk langkah di bawah:

  • Pilih peratusan (%) atau diskaun dolar ($) dalam POS Qashier anda

  • Masukkan nilai diskaun


Adakah ini menjawab soalan anda?