Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Pengurusan Diskaun & Promosi
Kawalan Akses pada Custom Discount dari Qashier POS
Kawalan Akses pada Custom Discount dari Qashier POS

Sekatan pilihan untuk kedai mempunyai custom discount yang memerlukan PIN Terminal sebelum ia boleh dilaksanakan pada POS

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Anda mempunyai pilihan untuk mengawal akses custom discount supaya ia memerlukan terminal PIN apabila diskaun digunakan pada tahap produk dan tahap bil.

Berikut ialah langkah untuk mengawal akses dan menggunakan sekatan pada custom discount:

  1. Hubungi support team untuk bantu anda mengaktifkan fungsi ini

  2. Setelah tetapan ini diaktifkan, kembali ke halaman utama POS anda untuk perubahan dapat dilihat di POS

  3. Setiap kali anda ingin memberikan diskaun, PIN terminal akan diperlukan

Jika sekatan dikenakan, anda akan melihat 'pop up' meminta anda masukkan PIN Terminal apabila anda tekan pada diskaun custom.

Jika PIN Terminal dimasukkan dengan betul, anda akan dibawa ke skrin % atau $ diskaun untuk memasukkan diskaun untuk digunakan pada produk atau bil

Jika PIN Terminal yang dimasukkan salah, skrin akan menunjukkan pemberitahuan bahawa PIN tidak sah "Invalid PIN" dan mengubah hala anda ke halaman sebelumnya.


Adakah ini menjawab soalan anda?