Cara Mencipta Tarikh Luput Pakej dari Qashier POS
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Bagaimana untuk menetapkan tarikh luput untuk pakej baharu:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Pilih "kategori", diikuti dengan "produk"

  3. Selepas memilih produk, pilih pada ikon "package" di penjuru kiri sebelah atas

  4. Pilih item di bawah "CUSTOMIZED PACKAGE"

  5. Pilih "kuantiti" item yang anda ingin jual dalam pakej dengan menekan pada ikon +/- dan masukkan harga pakej

  6. Skrol ke bahagian bawah halaman dan masukkan bulan tamat tempoh: 1 = 1 bulan dari tarikh semasa

  7. Apabila selesai, pilih "ADD & CLOSE" untuk menyimpan pakej ke 'cart'

  8. Sebelum anda meneruskan pembayaran, pilih "CUSTOMER" yang terletak dalam kotak merah di sebelah kanan halaman

  9. Cari pelanggan dengan memasukkan nombor telefon atau nama

  10. Pilih "SEARCH" dan nama pelanggan akan dipaparkan

  11. Pilih "CONFIRM"

  12. Nama pelanggan akan dipaparkan dalam kotak merah di sudut kanan halaman pos

  13. Pilih "PAY" untuk meneruskan ke halaman pembayaran

  14. Pilih "kaedah pembayaran" pelanggan anda untuk membayar

  15. Pilih "CONFIRM" untuk menyelesaikan pembayaran

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Untuk melihat tarikh luput pakej:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Pilih pada ikon "pakej" di penjuru kanan sebelah atas halaman pos

  3. Cari pelanggan dengan memasukkan nombor telefon atau nama

  4. Pilih "SEARCH" dan senarai pakej yang pelanggan anda beli akan dipaparkan

  5. Pilih pada "pakej" yang disenaraikan dan tarikh luput untuk pakej itu akan dipaparkan

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Jika pakej telah tamat tempoh, baris pakej akan muncul dalam warna merah dan peniaga tidak akan dapat mengklik padanya untuk menebus.


Nota:

  1. Pakej dengan "0" bulan luput tidak akan mempunyai tarikh luput.

  2. Pakej akan luput pada tarikh luput yang dinyatakan. Contoh jika tarikh luput ialah 30-01-2022. Pengguna tidak akan dapat menebus pakej pada 30-01-2022 lagi.

  3. Jika anda mempunyai beberapa kedai/cawangan di bawah akaun QashierHQ yang sama, tarikh luput akan dikongsi di semua kedai.


Adakah ini menjawab soalan anda?