Cara Membuat Pakej Pratetap (Predefined Package) di QashierHQ

Simpan pakej anda untuk pemilihan pada terminal POS.

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

'Predefined package' ialah pakej biasa yang anda ingin simpan ke POS anda untuk memudahkan process untuk membuat pesanan. Bilangan sesi dan harga pakej akan disimpan di dalam sistem POS.

Pakej perlu ditetapkan kepada produk utama. Untuk membuat demikian, rujuk langkah-langkah seperti berikut:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih "Product Management" > "Product Management" di bar navigasi di sebelah kiri

  3. Pilih "produk" yang anda ingin buat pakej

  4. Pilih "EDIT PREDEFINED PACKAGE"

  5. Di bawah bilangan predefined package, pilih "bilangan pakej" yang perlu dibuat

  6. Setelah bilangan predefined package ditunjukkan, anda boleh mengisi kuantiti item setiap pakej dan harga pakej masing-masing. (iaitu jika terdapat 2 bilangan pakej yang telah ditetapkan, anda perlu mengisi kuantiti item setiap pakej dan harga pakej dua kali)

  7. Pilih "CONFIRM" untuk membuat pakej

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Mari kita lihat contoh:

2 pakej untuk gunting rambut:

  • 6 sesi untuk $100 (Pakej 1)

  • 10 sesi untuk $180 (Pakej 2)

Apabila anda selesai memcipta pakej, sila kembali ke halaman utama pada terminal POS anda untuk memuat semula perubahan secara automatik.

Anda kini akan melihat predefined package pada POS anda. Untuk mencari pakej yang telah dicipta pada POS, rujuk langkah-langkah seperti berikut:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Pilih "tab", diikuti dengan "kategori" dan pilih "produk" yang anda sudah buat predefined package

  3. Pilih ikon "package" di penjuru kiri sebelah atas halaman

  4. Predefined package anda kini akan dipaparkan di bawah customized package

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Adakah ini menjawab soalan anda?