Menyambung Pencetak Pelekat/Label anda melalui Wifi

Panduan untuk setup mesin pencetak untuk pelekat bubble tea atau label kod bar anda

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu


Isi Kandungan:


Bahagian 1: Mencari alamat IP anda dari terminal POS

Untuk menyambungkan pencetak ke POS Qashier anda melalui Wifi, anda perlu mengetahui alamat IP Wifi anda terlebih dahulu.

Berikut ialah cara untuk mencari alamat IP Wifi anda:

  1. Sambungkan terminal POS Qashier anda ke rangkaian Wi-Fi anda. (Jika rangkaian anda mempunyai Wi-Fi 2.4 GHz dan 5 GHz, sambungkan ke rangkaian 2.4 GHz.)

    Untuk mengenal pasti yang mana 2.4 GHz dan 5 GHz, rujuk nama Wi-Fi anda.

    2.4 GHz Wi-Fi

    [nama Wi-Fi anda] ATAU [nama Wi-Fi anda_2.4ghz]

    5 GHz Wi-Fi

    [nama Wi-Fi anda_5G].

  2. Setelah disambungkan, pergi ke halaman Wi-Fi pada terminal POS Qashier anda.

  3. Pilih ikon "gear" yang terletak di bahagian atas sebelah kanan halaman Wi-Fi.

  4. Ambil perhatian pada alamat IPv4 anda (cth. 192.168.1.xxx).

    Abaikan 3 digit terakhir di belakang titik terakhir.

Anda perlu memasukkan alamat IP dalam halaman konfigurasi pencetak di bawah.


Bahagian 2: Mengkonfigurasi Alamat IP Wifi Pencetak anda

1. Gunakan komputer/telefon anda untuk menyambung ke rangkaian Wifi Pencetak (Rangkaian pencetak ialah 'LabelPrn_AP').


Jika anda tidak dapat mencari 'LabelPrn_AP' dalam senarai WIFI anda, sila lakukan perkara berikut:

a. Matikan pencetak

b. Letakkan gulungan pelekat di dalam pencetak

c. Hidupkan pencetak

d. Tekan lama butang "feed" selama 5 saat

e. Lepaskan butang "feed" dan anda akan melihat lampu "error" berkelip dengan perlahan

f. Tekan dan tahan butang "feed" sekali lagi selama 3 saat

g. Lepaskan butang "feed" dan anda akan melihat lampu "error" berkelip dengan pantas

h. Lampu "error" akan terus berkelip sehingga bunyi bip dikeluarkan dan anda boleh melihat bahawa kedua-dua lampu "error" dan lampu "online" menyala dan tidak berkelip

i. Mulakan semula pencetak (dengan mematikan dan menghidupkannya). Pencetak kini akan berada dalam mod konfigurasi.


2. Buka pelayar web anda dan cari 10.10.100.254 dan ia akan menggesa anda untuk log masuk.

3. Isikan nama pengguna (username): admin dan kata laluan: admin

4. Pilih bahasa pilihan anda dan pergi ke STA Setting dan ikuti langkah di bawah:

AP's SSID: Sambung ke rangkaian wifi kedai anda
MAC Address (Optional): (Biarkan kosong)
Security Mode: WPA2PSK
Encryption Type: AES
Pass Phrase: Kata laluan wifi anda

'Apply' untuk menyimpan tetapan bagi STA Interface Parameters sebelum kembali ke 'STA Interface Setting' dan mengisi WAN Connection Type.


WAN Connection Type: STATIC (fixed IP)
IP Address: Semak alamat IP daripada POS Qashier anda - Pergi ke Tetapan > WIFI > Tetapan WIFI (ikon Gear) > Salin alamat IP tetapi 3 digit terakhir bertukar kepada '201'
Subnet Mask: Masukkan 255.255.255.0
Default Gateway: Alamat IP yang sama tetapi 3 digit terakhir bertukar kepada '1'

DNS: 8.8.8.8

'Apply' untuk menyimpan tetapan untuk Static Mode

  1. Pilih "Mode Selection" dan ikuti langkah di bawah:

  2. Pilih "STA mode"

  3. Di bawah 'Data Transfer Mode', pilih "Transparent Mode"

  4. Pilih "Apply" untuk mengesahkan tetapan

  5. Matikan dan hidupkan pencetak anda untuk 'restart'


Bahagian 3: Bagaimana untuk memautkan terminal POS Qashier anda ke Pencetak Pelekat Qashier anda

Pada terminal POS Qashier anda,

  1. Pilih ikon "三" di sudut kanan atas halaman utama POS

  2. Pilih "Settings"

  3. Masukkan pin terminal anda

  4. Pilih "Printer Settings"

  5. Di bawah medan 'Printer 1 IP Address', tekan padanya dan masukkan alamat IP yang telah anda tetapkan sebelum ini untuk pencetak di Bahagian 2 tadi.

  6. Masukkan baki alamat IP pencetak ke medan yang tersedia, jika anda mempunyai lebih daripada 1 pencetak

  7. Setelah selesai, pilih "SAVE" dan kembali ke halaman utama POS

Jangan pilih "PRINTER "x" SETUP CONFIGURATION"

Berikut ialah panduan video dari Langkah 1 hingga 7:


Bahagian 4: Cara untuk untuk menetapkan produk kepada pencetak anda

Untuk memenuhi keperluan ini, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan.

Dan... anda sudah selesai!


Nota: Gulungan pelekat thermal boleh dibeli dalam talian atau di mana-mana kedai alat tulis.

Pencetak Pelekat/Label Qashier menerima 2 dimensi:

  • 60mm x 40mm (lebih besar, disyorkan untuk pencetakan pelekat kod bar)

  • 40mm x 30mm (lebih kecil, disyorkan untuk pencetakan pelekat bubble-tea)


Adakah ini menjawab soalan anda?