Cara menggunakan fungsi ENT

Ingin Membuat transaksi untuk perbelanjaan huburan? Begini cara untuk melakukannya di Qashier POS

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Langkah 1: Berikan kredit ENT kepada staf yang mempunyai akses

Pergi ke QashierHQ > Staff Management dan pilih "staf" yang akan diberi akses untuk membayar dengan ENT. Kemudian pilih "SET ENT CREDITS"

Nota: Sekiranya anda tidak mempunyai fungsi ini, anda boleh berhubung dengan pihak kami di Live Chat untuk aktifkan fungsi ini

Anda boleh menetapkan kredit ENT ke akaun staf tertentu. Dalam contoh ini, kami akan menetapkan kredit $500.

Langkah 2: Buat transaksi pada POS dan pilih ENT pada halaman pembayaran

Apabila anda ingin membuat transaksi ENT, anda boleh melakukan transaksi biasa pada POS. Di halaman pembayaran, pilih ENT (dalam bulatan biru) dan anda akan diminta untuk memasukkan PIN staf (orang yang diberi akses untuk membayar dengan ENT dan mempunyai kredit ENT dalam akaunnya).


Selepas PIN staf dimasukkan, anda akan dapat melihat baki kredit ENT dalam akaun staf tersebut. Sekiranya baki tidak mencukupi, transaksi tidak akan diluluskan. Jika bakinya mencukupi, anda boleh pilih "CONFIRM" untuk meneruskan.


Urus niaga ENT kini telah selesai. Jika anda mempunyai kitchen printer, anda juga akan digesa untuk mencetak chits pesanan.

Langkah 3: Lihat Laporan ENT

Untuk melihat laporan ENT anda, pergi ke QashierHQ > Laporan. Anda boleh melihat jumlah amaun ENT di bawah bahagian 'Sales Information' (ENT tidak ditambahkan ke dalam angka jualan sebenar anda). Terdapat juga bahagian bertajuk 'Sales by ENT' yang menunjukkan pecahan transaksi ENT oleh setiap staf.


Untuk melihat transaksi ENT individu, pergi ke QashierHQ > Transaction Records. Pilih "ENT TRANSACTIONS" di bahagian atas sebelah kanan.


Perkara yang perlu diambil perhatian:

  1. Kredit ENT mestilah mencukupi untuk menampung keseluruhan bil (tidak dibenarkan membahagikan bil)

  2. Tidak berkenaan dengan diskaun

  3. Tidak berkenaan untuk pakej/kredit


Adakah ini menjawab soalan anda?