Cara Mengurus Stok Bahan di QashierHQ
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Menguruskan stok bahan dalam QashierHQ

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Tekan drop-down list di bawah "Product Management"

  3. Pilih "Ingredient Management"

  4. Pilih "bahan" yang anda ingin uruskan

  5. Di bawah "Stock Action", tekan ikon "▼", ia akan menunjukkan senarai tindakan stok (stock action) yang tersedia


Penjelasan Stock Actions

a. Stock Received (Stock Diterima)

  • Pilihan ini membolehkan anda meningkatkan kiraan stok bahan berdasarkan stok yang anda terima

b. Damage / Loss / Theft (Kerosakan / Kehilangan / Kecurian)

  • Pilihan ini membolehkan anda mengurangkan kiraan stok bahan disebabkan oleh masalah kerosakan, kehilangan atau kecurian

c. Restock Return (Pemulangan Restock)

  • Pilihan ini membolehkan anda meningkatkan kiraan stok bahan kerana restock atau memulangkan stok daripada pelanggan anda


d. Reset to Number

  • Pilihan ini membolehkan anda RESET (tetap semula) kiraan stok bahan tersebut

  • Jumlah yang anda masukkan menunjukkan bilangan stok yang tersedia untuk bahan tersebut

e. Others (lain-lain) (+)

  • Pilihan ini membolehkan anda menambah kiraan stok bahan atas sebab lain

  • Anda perlu memasukkan reason (sebab) ketika menggunakan pilihan ini, dan bilangan stok yang anda ingin tambah

f. Others (lain-lain) (-)

  • Pilihan ini membolehkan anda mengurangkan kiraan stok bahan atas sebab lain

  • Anda perlu memasukkan reason (sebab) ketika menggunakan pilihan ini, dan bilangan stok yang anda ingin tolak

g. Set Alert Threshold

  • Pilihan ini membolehkan anda menetapkan amaran apabila inventory produk kurang daripada nilai pilihan anda. Contoh jika anda tetapkan threshold 5, apabila stok bahan itu kurang daripada 5, amaran akan dikeluarkan untuk menambah semula stok.

  • Setiap kali inventori bahan jatuh di bawah threshold, ia akan paparkan dalam warna merah

  • Anda juga boleh menggunakan fungsi SHOW LOW STOCK INGREDIENT - ia akan menapis dan hanya menunjukkan bahan-bahan yang pada masa ini berada di bawah threshold.


Adakah ini menjawab soalan anda?