Semua Koleksi
Panduan Lengkap HQ Portal Qashier
Bayaran Menggunakan Pautan (Payment by Link)
Langkah Membuat dan Menghantar Pautan Pembayaran kepada Pelanggan
Langkah Membuat dan Menghantar Pautan Pembayaran kepada Pelanggan

Merperkemaskan proses pembayaran anda dengan kemudahan pembayaran melalui pautan

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Cara membuat pautan pembayaran:

  1. Pilih butang "Create New Payment Link" di sebelah nama kedai anda

  2. Kotak pop-up akan dipaparkan, mengisi medan yang diperlukan

    1. Total Amount (Required) - masukkan jumlah amaun yang akan dicaj kepada pelanggan (termasuk GST, jika berkenaan)

    2. Link Expiry Date (Required) - tetapan tarikh luput ialah 1 bulan dari tarikh hari ini, anda boleh pilih pada ikon kalendar untuk menukar kepada tarikh luput yang anda inginkan

    3. Transaction Note (Optional) - Masukkan butiran pembayaran (jika perlu)

    4. Customer Name (Optional) - Masukkan nama pelanggan

  3. Setelah langkah 2 selesai, pilih "CREATE" untuk menjana pautan pembayaran

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Cara menghantar pautan pembayaran kepada pelanggan:

Selepas menjana pautan pembayaran, anda akan melihat pautan pembayaran yang dipaparkan serta medan untuk memasukkan alamat e-mel penerima anda (pelanggan)

Terdapat 2 cara untuk menghantar pautan pembayaran kepada pelanggan anda:

  1. Masukkan alamat e-mel penerima dan hantar pautan terus ke e-mel mereka

  2. Pilih "Copy Link" dan hantar pautan terus kepada pelanggan anda melalui platform seperti mesej, aplikasi chat dan lain-lain

Pilih "DONE" setelah pautan telah dihantar kepada pelanggan anda


Bagaimana untuk menyemak sama ada pelanggan telah membuat bayaran:

Di halaman payment link management, anda akan menemui transaksi yang telah dibuat. Berikut adalah status pembayaran yang akan dipaparkan pada transaksi tersebut:

  1. Unpaid - Pelanggan belum membuat pembayaran lagi

  2. Paid - Pelanggan telah berjaya membuat bayaran

  3. Cancelled - Peniaga telah memilih untuk membatalkan pautan (cth. pelanggan memutuskan untuk tidak membeli lagi)

  4. Expired - Pembayaran tidak dibuat mengikut tarikh luput tertentu

    1. pelanggan tidak akan dapat membuat pembayaran melalui pautan pembayaran selepas pautan tersebut telah tamat tempoh

    2. Jika pelanggan masih ingin membuat pembayaran, mereka perlu menghubungi anda dan meminta anda mengaktifkan semula pautan pembayaran

Status akan ditunjukkan sebagai 'unpaid' sebelum pelanggan anda membuat bayaran

Setelah pelanggan membuat bayaran, status akan ditukar kepada 'Paid' dengan kaedah pembayaran (cth. visa, mastercard) dinyatakan


Adakah ini menjawab soalan anda?