Pengenalan kepada Tiered Pricing
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Apakah Tiered Pricing?

'Tiered pricing' adalah strategi harga yang menawarkan tahap atau peringkat harga yang berbeza berdasarkan kriteria tertentu. Pelanggan boleh mengakses harga yang lebih rendah atau mendapat faedah tambahan apabila mereka naik ke peringkat yang lebih tinggi. Ia adalah cara untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan atau menggalakkan pembelian jumlah yang lebih tinggi.


Kes Penggunaan untuk Industri F&B

Happy Hour Specials: Untuk perniagaan F&B, terutamanya bar atau restoran yang sering melaksanakan penetapan tiered pricing dalam tempoh masa tertentu, seperti happy hour.

Peringkat harga yang berbeza boleh digunakan untuk pelbagai minuman atau barangan makanan, menggalakkan pelanggan untuk memanfaatkan harga diskaun semasa waktu luar puncak.

Perkhidmatan Bufet: Restoran bufet biasanya menggunakan tier pricing berdasarkan waktu makan yang berbeza atau hari dalam seminggu. Harga mungkin berbeza bergantung pada sama ada ia adalah sarapan, makan tengah hari atau makan malam, dengan tier yang lebih tinggi biasanya dikaitkan dengan makan malam atau hujung minggu apabila lebih banyak pilihan menu tersedia.

Katering Acara: Servis katering F&B sering menawarkan tiered pricing untuk acara berdasarkan bilangan tetamu atau pilihan menu. Peringkat (tier) yang lebih rendah boleh direka untuk kumpulan yang lebih kecil atau pilihan menu yang lebih mudah, sementara tier yang lebih tinggi menampung acara yang lebih besar atau menu yang customised.


Kes Penggunaan untuk Industri Retail

Harga Bermusim: Peniaga boleh memperkenalkan tiered pricing berdasarkan musim atau tempoh promosi. Mereka mungkin menawarkan harga yang lebih rendah atau diskaun istimewa semasa musim luar puncak atau masa tertentu dalam setahun untuk menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan jualan bisnes.

Program 'Loyalty': Pelanggan yang mencapai tier yang lebih tinggi berdasarkan perbelanjaan atau mata ganjaran mereka boleh menikmati diskaun, tawaran atau akses awal ke produk baharu.


Kes Penggunaan untuk Industri Kecantikan/Perkhidmatan

Perkhidmatan Pakar: Salun kecantikan atau spa dengan perkhidmatan khusus boleh melaksanakan tiered pricing. Tier yang berbeza boleh membezakan tahap kepakaran atau pengalaman penyedia perkhidmatan. Harga tier yang lebih tinggi mungkin dikenakan apabila menempah temujanji dengan profesional peringkat senior atau master.

Harga Bermusim: Salun kecantikan atau spa boleh melaksanakan tiered pricing yang selaras dengan musim atau tempoh promosi. Semasa musim puncak, mereka boleh menyesuaikan harga mereka menjadi lebih tinggi, sementara semasa musim luar puncak atau masa tertentu dalam setahun, mereka boleh menawarkan harga yang lebih rendah.


Nota:

  • Anda boleh membuat maksimum 20 price tier

  • Setiap nama price tier mempunyai maksimum 50 character


Adakah ini menjawab soalan anda?