Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Integrasi Foodpanda
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Integrasi Foodpanda dengan Qashier POS membolehkan peniaga menggunakan sistem POS Qashier untuk menerima dan mengurus pesanan, menu, laporan dan cetakan pesanan Foodpanda. Integrasi ini menghapuskan keperluan untuk menggunakan berbilang peranti. Menyediakan penyelesaian yang boleh bantu untuk menguruskan pesanan dengan lebih cekap.

Berikut ialah beberapa maklumat penting yang perlu anda perhatikan semasa menguruskan Integrasi Foodpanda anda:

1. Menu dan waktu perkhidmatan (service hours)

Masa mula dan masa tamat boleh ditetapkan untuk setiap hari yang dipilih.

Cth. Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 12 malam

2. Cukai

Pengiraan dan konfigurasi cukai akan dikendalikan pada platform Foodpanda. Untuk sebarang urusan berkaitan cukai, sila hubungi sokongan Foodpanda.

3. Status Pesanan untuk Diperhatikan

Jenis Pesanan Tersedia -

  • Pick-up (Now)

  • Pick-up (Scheduled)

  • Delivery (Now) - Delivered by Foodpanda

  • Delivery (Scheduled) - Delivered by Foodpanda

Acceptance of Orders - Qashier menyediakan fleksibiliti untuk menetapkan penerimaan pesanan sama ada secara manual atau automatik. Tetapan semasa untuk penerimaan pesanan bagi Foodpanda adalah manual. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menerima pesanan secara automatik, sila ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Klik pada ikon gear (tetapan) yang terletak di penjuru kanan sebelah atas halaman

  3. Dalam menu tetapan, pilih Foodpanda

  4. Tandai kotak yang berlabel 'Auto Order Acceptance' untuk membolehkan penerimaan pesanan automatik

Marked as Prepared - Untuk memberitahu penghantar makanan (rider) bahawa makanan sudah sedia untuk diambil, anda perlu mengklik butang 'prepared' secara manual setelah makanan telah disediakan

Marked as Picked Up - Setelah pelanggan (pick-up) atau rider (penghantaran) telah mengambil item pesanan, anda perlu mengklik secara manual pada butang 'Mark as Picked-up' dalam POS Qashier

Rejection of Orders - Apabila menolak/'reject' pesanan, anda akan dikehendaki memilih sebab daripada senarai yang disediakan oleh Foodpanda

Voiding/Cancellation of Orders - Jika anda memutuskan untuk membatalkan pesanan, anda dikehendaki untuk menghubungi Foodpanda melalui live chat dan meminta mereka batalkan pesanan tersebut.

Setelah permintaan batal telah berjaya diproses oleh Foodpanda, status akan dikemas kini secara automatik dalam POS Qashier.

Anda tidak dibenarkan membatalkan pesanan secara manual.

4. Resit/Chit Pesanan

Order Number Format -

  • Untuk pesanan pengambilan (pick-up), format nombor pesanan adalah seperti berikut: FP #XXX(123)

  • Untuk pesanan penghantaran (delivery), format nombor pesanan adalah seperti berikut: #xxxx-xxxx (#vvft-n2r2)

Rider/Customer Pickup Time - Resit akan memaparkan masa pengambilan untuk kedua-dua pesanan penghantaran dan pengambilan.

Diskaun - Kedua-dua diskaun Foodpanda dan diskaun yang disediakan oleh perniagaan anda, akan disertakan dalam resit, rekod transaksi dan laporan. Walau bagaimanapun, diskaun digabungkan dan akan disenaraikan sebagai satu entri di bawah "Diskaun" dalam laporan

Fees - Semua bayaran termasuk bayaran perkhidmatan(service fee) (bayaran penghantaran dan bayaran platform), bayaran pesanan kecil (small order fee) dan yuran penghantaran keutamaan (priority delivery), akan dimasukkan dalam resit, rekod transaksi dan laporan. Walau bagaimanapun, bayaran digabungkan dan akan disenaraikan sebagai satu penyertaan di bawah "Fees" dalam laporan jualan.


Adakah ini menjawab soalan anda?