Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Integrasi GrabFood
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Integrasi GrabFood dengan Qashier POS membolehkan peniaga menggunakan sistem POS Qashier untuk menerima dan mengurus pesanan, menu, laporan dan cetakan pesanan GrabFood. Integrasi ini menghapuskan keperluan untuk menggunakan berbilang peranti dan menguruskan pesanan dengan lebih cekap.

Berikut ialah beberapa maklumat penting yang perlu anda perhatikan semasa menguruskan Integrasi Grabfood anda:

1. Menu dan waktu perkhidmatan

Ia membenarkan konfigurasi tiga lingkungan masa yang berbeza dalam satu hari. Ini bermakna anda boleh menentukan maksimum tiga slot masa yang menu anda tersedia untuk pelanggan

Cth. Isnin 10am - 12pm, 1pm - 3pm, 5pm - 7pm

2. Cukai

Pastikan harga item menu anda di QashierHQ tidak termasuk cukai, kerana pengiraan dan konfigurasi cukai akan dikendalikan di platform Grab. Sebarang urusan berkaitan cukai lain, sila hubungi sokongan Grab.

3. Status Pesanan untuk Diperhatikan

Jenis Pesanan Tersedia -

  • Pick-up (Now)

  • Delivery (Now) - Delivered by Grab

  • Delivery (Scheduled) - Delivered by Grab

  • Delivered by Restaurant (cth. restoran mempunyai penunggang sendiri untuk membuat penghantaran)

Acceptance of Orders - Penerimaan pesanan boleh ditetapkan sebagai manual atau automatik oleh peniaga, dalam sistem GrabFood. Sebaik sahaja pesanan disahkan, ia secara automatik menerimanya dan mencetak cit pesanan daripada Qashier POS anda.

Marked as Prepared - Tidak perlu menandai pesanan secara manual sebagai 'prepared'. Anda boleh teruskan untuk sediakan pesanan sebaik sahaja pesanan diterima

Marked as Picked Up - Pesanan akan ditanda secara automatik sebagai diambil (picked up) apabila pelanggan/pemandu memilih "mark as picked up" pada aplikasi Grab mereka

Voiding/Cancellation of Orders -

  • Jika pelanggan membatalkan pesanan, sistem juga akan membatalkan pesanan secara automatik.

  • Jika anda ingin untuk membatalkan pesanan, anda dikehendaki menghubungi Grab melalui 'live chat' mereka dan minta mereka batalkan pesanan anda. Setelah permintaan untuk batal pesanan telah berjaya diproses oleh Grab, anda perlu membatalkan (void) pesanan secara manual pada POS Qashier juga.

4. Resit/Chit Pesanan

Order Number Format - Untuk kedua-dua pesanan pengambilan dan penghantaran, format nombor pesanan adalah seperti berikut: GF - XXXX (1234)

Rider/Customer Pickup Time - Tidak kira sama ada pesanan penghantaran atau pengambilan, resit tidak akan memaparkan masa pengambilan

Discounts

  • Apabila anda memberikan diskaun, butiran diskaun akan dapat dilihat pada resit serta dalam rekod dan laporan transaksi

  • Apabila diskaun diberikan oleh Grab, butiran diskaun tidak akan dipaparkan pada resit, serta dalam rekod transaksi dan laporan

Fees - Semua bayaran termasuk bayaran perkhidmatan (service fee) (bayaran penghantaran dan bayaran platform), bayaran pesanan kecil (small order fee) dan bayaran keutaamaan penghantaran (priority delivery fee), adalah dikecualikan daripada resit, rekod transaksi dan laporan.


Adakah ini menjawab soalan anda?