Semua Koleksi
Panduan Lengkap HQ Portal Qashier
Integrasi Xero
Cara Mengintegrasikan Xero Dengan Qashier
Cara Mengintegrasikan Xero Dengan Qashier

Selaraskan data jualan dan lancarkan proses perakaunan dan pengurusan kewangan anda dalam beberapa langkah sahaja.

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Dengan setup integrasi ini, ia membolehkan anda selaraskan jualan POS harian anda secara automatik ke Xero.

Data Jualan Qashier dengan Xero telah diselaraskan dalam satu proses sehala.
Maksudnya, Xero hanya boleh menerima data jualan sahaja.

Laporan harian akan dihasilkan secara automatik oleh Xero pada tengah malam berdasarkan jumlah jualan daripada laporan Qashier.


Untuk menyambungkan Xero dengan Qashier:

Bahagian I: Membuat App Baharu dalam Xero

  1. Log masuk ke Xero

  2. Pilih "New App"

  3. Isikan borang dengan maklumat berikut yang diberikan dari bahagian a sampai e:

    1. App name = QashierApp

    2. Integration type = Pilih "Web app"

    3. Company or application URL = https://hq.qashier.com/

    4. Baca dan akui Terma & Syarat

  4. Pilih "Create app"

  5. Cari butang "Configuration" di sebelah kiri halaman

  6. Pilih "Configuration"

    Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Bahagian II: Pautkan Xero dengan Qashier

  1. Log masuk ke QashierHQ

  2. Pilih "Settings" (ikon gear) di penjuru kanan sebelah atas halaman

  3. Pilih "XERO SETTINGS"

  4. Masukkan Client ID XERO anda

  5. Masukkan Client Secret XERO anda

  6. Pilih "Submit"

  7. Pilih "organisasi" yang ingin anda sambungkan dengan Qashier Store anda

  8. Pilih "Allow access"

  9. Setelah ia disambungkan, anda akan dialihkan semula ke halaman tetapan

    QashierHQ anda

  10. Pilih "senarai" drop-down Store

  11. Pilih "Qashier store" yang anda ingin sambungkan ke Xero

  12. Pilih "organization" (Xero tenant) yang anda mahu segerakkan

  13. Pilih senarai drop-down Accounts for Products

  14. Pilih senarai drop-down Default Payment Account***

  15. Pilih "SAVE"

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


***Jika butiran Akaun Pembayaran Lalai tidak ditunjukkan, sila ikuti langkah di bawah untuk aktifkan.

  1. Log masuk ke Xero

  2. Pilih "Accounting", daripada menu di bahagian atas halaman

  3. Pilih "Chart of accounts"

  4. Pilih "+ Add Account"

  5. Isikan:

    1. Account type = Pilih Aset Semasa

    2. Code = sebarang nombor untuk rujukan anda

    3. Name = sebarang nama untuk rujukan anda

    4. Penerangan (Description) (tidak wajib)

    5. Cukai (Tax)

    6. Tandakan "Enable payments to this account"

    7. Tekan "Save"

Muat semula portal QashierHQ dan cuba semula langkah 14

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Contoh laporan yang akan dihasilkan pada Xero:


Adakah ini menjawab soalan anda?