Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Sistem Keahlian Pelanggan: Kredit (Loyalty Credit)
Bagaimana Pelanggan Membuat Bayaran dengan Kredit dalam Qashier POS
Bagaimana Pelanggan Membuat Bayaran dengan Kredit dalam Qashier POS
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Isi Kandungan:


Membuat bayaran penuh dengan kredit:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Pilih "category", diikuti dengan "product" untuk menambah produk ke dalam 'cart'

  3. Pilih "ADD & CLOSE" untuk menyimpan produk dalam 'cart' anda

  4. Sebelum anda meneruskan pembayaran, pilih "CUSTOMER" yang terletak dalam kotak merah di sebelah kanan halaman

  5. Cari pelanggan dengan memasukkan nombor telefon atau nama mereka

  6. Pilih "SEARCH" dan nama pelanggan akan dipaparkan

  7. Pilih "CONFIRM"

  8. Nama pelanggan akan dipaparkan dalam kotak merah di sudut kanan halaman pos

  9. Pilih "PAY" untuk meneruskan ke halaman pembayaran

  10. Pilih kaedah pembayaran 'CREDIT' (nota: jika anda terlepas langkah 4-7, anda tidak akan dapat melihat keadeah pembayaran 'Credit')

  11. Halaman dengan nombor telefon pelanggan, nama dan kredit yang sedia ada akan ditunjukkan

  12. Pilih "CONFIRM" jika semua butiran adalah betul

  13. Pilih "CONFIRM" sekali lagi untuk mengesahkan pembayaran kredit

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Contoh resit:



Membuat bayaran separa dengan kredit:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Pilih "category", diikuti dengan "product" untuk menambah produk ke dalam 'cart'

  3. Pilih "ADD & CLOSE" untuk menyimpan produk dalam 'cart' anda

  4. Sebelum anda meneruskan pembayaran, pilih "CUSTOMER" yang terletak dalam kotak merah di sebelah kanan halaman

  5. Cari pelanggan dengan memasukkan nombor telefon atau nama

  6. Pilih "SEARCH" dan nama pelanggan akan dipaparkan

  7. Pilih "CONFIRM"

  8. Nama pelanggan akan dipaparkan dalam kotak merah di sudut kanan halaman pos

  9. Pilih "PAY" untuk meneruskan ke halaman pembayaran

  10. Pilih "SPLIT" di penjuru kiri sebelah atas halaman pembayaran

  11. Pilih ikon "+" atau "-" untuk edit berapa bahagian yang anda ingin bahagikan (ini adalah berdasarkan bilangan orang yang berkongsi bil)

  12. Semak dan pastikan pembahagian amaun adalah betul

  13. Pilih "MAKE PAYMENT"

  14. Teruskan memilih bahagian dan pilih "KREDIT" sebagai kaedah pembayaran

  15. Pilih "CONFIRM" untuk membuat pembayaran anda bagi Bahagian 1

  16. Pilih "BACK TO PAYMENT"

  17. Anda akan melihat bahawa status untuk bahagian 1 telah ditukar daripada 'Not Paid' kepada 'Paid'

  18. Teruskan membuat bayaran untuk Bahagian 2 dengan memilih kaedah pembayaran lain

  19. Pilih "CONFIRM" untuk buat bayaran untuk Bahagian 2

  20. Pilih "BACK TO POS" setelah pembayaran dibuat

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Adakah ini menjawab soalan anda?