Cara Menebus Mata Ganjaran di Qashier POS
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Pelanggan boleh menebus mata ganjaran untuk menerima rebat tunai dan offset bil semasa mereka. Secara 'default', 100 mata adalah bersamaan dengan $1.00. Ini bermakna hanya apabila pelanggan mengumpul 100 mata, mereka akan dapat menebus $1 daripada bil mereka.

Jika anda ingin menukar jumlah mata ganjaran yang diperlukan untuk penebusan, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami untuk bantuan.

Bagaimanakah pelanggan menebus mata ganjaran:

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Pilih "kategori", diikuti dengan "produk" yang ingin ditambah ke dalam 'cart'

  3. Sebelum anda meneruskan pembayaran, tekan pada "CUSTOMER" yang terletak dalam kotak merah di sebelah kanan halaman

  4. Cari pelanggan dengan memasukkan nombor telefon atau nama

  5. Pilih "SEARCH" dan nama pelanggan akan dipaparkan

  6. Di sebelah mata ganjaran yang tersedia, pilih "redeem"

  7. Masukkan bilangan mata ganjaran yang ingin ditebus oleh pelanggan dan jumlah tebusan ($) akan diisi secara automatik

  8. Pilih "CONFIRM" dan diskaun akan digunakan pada jumlah bil.

  9. Pilih "PAY" untuk meneruskan ke halaman pembayaran

  10. Untuk mengesahkan amaun yang akan ditolak, hanya tekan pada "ikon anak panah" di sebelah jumlah amaun di bahagian atas halaman. Pengiraan akan ditunjukkan.

  11. Pilih "kaedah pembayaran" untuk pelanggan membayar bil yang tinggal selepas diskaun

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Contoh resit:


Adakah ini menjawab soalan anda?