Semua Koleksi
Soalan Lazim / Penyelesaian Masalah
Menyelesaikan Isu Peranti
Cara Melakukan Reset Tetapan Android di Terminal POS Qashier X1 / XL
Cara Melakukan Reset Tetapan Android di Terminal POS Qashier X1 / XL
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

⚠️ NOTA

Sebelum melakukan proses ini, pastikan rekod transaksi di POS anda telah dikemas kini.


Langkah-langkah:

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih ikon drop-down di bawah Transaksi

  3. Pilih "Transactions"

  4. Sahkan bahawa transaksi terbaru sepadan dengan transaksi di Qashier POS anda.


Rekod transaksi yang hilang tidak dapat dikembalikan sekiranya kemaskini tidak dilakukan sebelum membersihkan cache.

Ikuti langkah-langkah ini untuk mereset semula tetapan Android terminal Qashier POS ( X1 / XL ):

  1. Pergi ke laman utama Qashier POS

  2. Pilih butang "☰" di sudut kanan atas halaman utama POS

  3. Pilih "WIFI"

  4. Leret dari tepi skrin kiri, ke arah kanan

  5. Scroll ke bawah dan pilih '' Kembali ke atas & tetapkan semula'' (Back up & Reset)

  6. Pilih "Set semula ke tetapan kilang" (Factory Data Reset)

  7. Pilih "Tetapkan semula telefon" (Reset Phone)

  8. Pilih "Hapus Semuanya" (Erase Everything)

Terminal akan mengambil masa beberapa minit untuk diset semula

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:


Selepas terminal dihidupkan semula,

  1. Sambung ke WIFI

  2. Buka applikasi Qashier

  3. Log masuk dengan Nama Pengguna & Kata Laluan Qashier anda


Adakah ini menjawab soalan anda?