Semua Koleksi
Panduan Lengkap POS Qashier
Point of Sale
Cara Membahagi Bil (Split Bill) di Qashier POS
Cara Membahagi Bil (Split Bill) di Qashier POS
Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Split bil pada POS:

Berikut ialah contoh situasi di mana split bil mengikut Transaksi akan berlaku:

Jack dan Jill pergi ke sebuah restoran, dengan jumlah bil $50. Mereka hendak membahagikan bil sama rata.

  1. Pergi ke "POS & PAYMENT"

  2. Pilih "produk" yang pelanggan mahukan

  3. Pilih "ADD & CLOSE" untuk menyimpan produk dalam 'cart' anda

  4. Pilih "PAY" untuk meneruskan ke halaman pembayaran

  5. Pilih "SPLIT" di penjuru kiri sebelah atas halaman pembayaran

  6. Pilih ikon "+" atau "-" untuk menentukan bilangan bahagian yang anda ingin bahagikan(ini adalah berdasarkan bilangan orang/pelanggan yang berkongsi bil)

  7. Semak dan pastikan pembahagian amaun adalah betul

  8. Pilih "MAKE PAYMENT"

  9. Teruskan untuk memilih bahagian (part) bayaran, diikuti dengan kaedah bayaran

  10. Pilih "CONFIRM" untuk membuat bayaran untuk bahagian 1

  11. Pilih "BACK TO PAYMENT"

  12. Anda akan melihat bahawa status untuk bahagian 1 telah ditukar daripada 'Not Paid' kepada 'Paid'

  13. Teruskan membuat pembayaran untuk Bahagian 2 dengan memilih kaedah bayaran

  14. Pilih "CONFIRM" untuk membuat pembayaran untuk Bahagian 2

  15. Pilih "BACK TO POS" apabila bayaran telah dibuat

Berikut adalah panduan video langkah demi langkah:

Contoh rupa resit:


Adakah ini menjawab soalan anda?