Produk Dikecualikan Diskaun (Discount Exclusion)

Apabila produk dikecualikan daripada diskaun, tiada diskaun peringkat produk atau bil boleh digunakan pada produk itu

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Discount Exclusions adalah produk yang dikecualikan daripada diskaun peringkat produk dan bil pada QashierPOS. Ia membolehkan anda untuk mengecualikan produk daripada diskaun pada POS (contohnya, barangan serahan, barangan terkawal harga) serta merncegah diskaun tersebut dipilih di QashierHQ semasa membuat diskaun peringkat produk.

1. Kecualikan Produk daripada Diskaun melalui QashierHQ

Di QashierHQ, pergi ke bahagian Discount Management dan pilih "Discount Exclusions". Anda akan dibawa ke halaman yang menunjukkan senarai produk yang dikecualikan daripada diskaun.

Untuk menambahkan produk ke senarai Discount Exclusion, pilih "Exclude Products(s) from Discount" dan pop-up akan dipaparkan. Ia membolehkan anda memilih produk untuk ditambah ke senarai Pengecualian Diskaun.

Untuk mengecilkan senarai, anda boleh mencari mengikut nama produk atau nama kategori.

Tandakan satu atau berbilang produk dari senarai produk untuk memasukkannya ke dalam senarai pengecualian diskaun.

Pilih "CONFIRM" untuk mengesahkan perubahan yang ingin dibuat.

Selepas anda mengesahkan pengecualian diskaun, ia akan ditunjukkan di senarai pengecualian diskaun.

2. Alih keluar Produk daripada Pengecualian Diskaun dari QashierHQ

Untuk mengalih keluar produk dari senarai Discount Exclusions, pilih "More Actions" dan pilih "Delete"

Setelah pilih Delete, produk itu akan dikeluarkan daripada senarai Discount Exclusion. Produk itu kemudiannya boleh ditambah kepada diskaun baharu pada Pengurusan Diskaun di QashierHQ dan diskaun tersuai boleh digunakan untuk mereka di QashierPOS.

3. Tambahkan Produk yang Dikecualikan daripada Diskaun ke dalam Pesanan di QashierPOS

(a) Sekatan Diskaun Peringkat Produk untuk Item Pengecualian Diskaun

Untuk produk yang ditambahkan dalam Pengecualian Diskaun, cth. Female Haircut (Medium), tiada diskaun tersedia akan ditunjukkan untuk produk, dan tidak akan ada pilihan untuk membuat diskaun custom sebab produk ini telah dikecualikan.

Apabila produk ditambahkan pada pesanan, produk akan ditunjukkan dengan (discount exclusion) dalam pesanan. Ini juga akan ditunjukkan dalam resit.

(b) Sekatan Diskaun Peringkat Bil untuk Item Pengecualian Diskaun

Untuk produk yang ditambahkan dalam Discount Exclusions, cth. Female Haircut (Medium), diskaun peringkat bil masih boleh ditambah pada pesanan.

Selepas diskaun peringkat bil ditambah, anda boleh menyemak butiran bil dan boleh nampak diskaun hanya digunakan pada produk yang tidak dalam senarai Discount Exclusion.

Diskaun peringkat bil ini akan ditunjukkan dalam resit juga.


Adakah ini menjawab soalan anda?