Semua Koleksi
Panduan Permulaan Qashier
Menetapkan Peranti Qashier
Router
Menggunakan router TP-Link untuk Meluaskan Liputan WIFI
Menggunakan router TP-Link untuk Meluaskan Liputan WIFI

Biasanya digunakan oleh F&B merchants bagi menyambungkan pencetak dapur kepada POS melalui WIFI

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu
  1. Menyambung router wifi TP-Link melalui telefon/komputer riba anda. Nama wifi boleh didapati di belakang router pada bahagian 'SSID' (ia sepatutnya kelihatan seperti 'TP-Link_XXXX')

  2. Selepas menyambung ke wifi, buka browser internet anda dan layari laman tplinkwifi.net. Pilih "Quick Setup", kemudian pilih "Range Extender" dan akhirnya pilih "Next"

3. Router akan mengimbas rangkaian wifi yang tersedia. Pilih "wifi anda" di bawah lajur 'Connect' dan tekan "Next"

4. Bergantung pada router anda, ia juga mungkin mengimbas rangkaian 5G yang tersedia. Tekan "Next" untuk melangkau pilihan ini

5. Masukkan kata laluan wifi anda. Di bahagian bawah halaman itu, pilih "Customize" dan taipkan 'QashierPOS' di bawah medan 'Extended 2.4GHz SSID'

6. Tekan "Next" tanpa mengubah apa-apa pada halaman ini

7. Tekan "Finish" untuk mengesahkan perubahan yang telah dibuat

8. Router anda kini akan 'restart'. Selepas 2 minit, anda boleh menyambungkan terminal POS dan pencetak wifi anda kepada 'QashierPOS' (perhatian bahawa kata laluan wifi akan sama dengan kata laluan wifi semasa anda)


Adakah ini menjawab soalan anda?