Semua Koleksi
Pembayaran
[SG] Garis Panduan Akaun Peniaga KYC QashierPay
[SG] Garis Panduan Akaun Peniaga KYC QashierPay

Berikut ialah cara untuk memastikan permohonan kad kredit anda diluluskan dengan cepat

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Menerima Pembayaran Kad Dalam Kedai atau Dalam Talian

Untuk memohon menerima pembayaran kad kredit dalam talian dan luar talian, ikut langkah berikut:

  1. Log masuk ke portal QashierHQ

  2. Pilih "Payment Management" pada halaman kiri,

  3. Pilih "Apply Now" di bawah 'Debit/Credit Card In-Store'

Kami mohon perhatian penuh anda untuk mematuhi keperluan di bawah untuk memastikan proses permohonan anda adalah lancar. Anda hanya memerlukan lebih kurang 10 hingga 15 minit masa untuk mengisi borang permohonan tersebut.


Proses Know Your Customer (KYC)

KYC adalah proses di mana Qashier mengesahkan identiti pelanggan kami dan menilai sebarang risiko berpotensi yang berkaitan. Qashier perlu mengumpulkan maklumat asas yang berkaitan dengan perniagaan untuk mematuhi peraturan dan memastikan hubungan perniagaan yang selamat dan terjamin.

Oleh kerana anda telah menyatakan bahawa anda akan memproses pembayaran melalui Qashier, pihak kami, dengan hormat, meminta anda supaya memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami. Ini akan membantu kami mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kerjasama dan kejujuran anda sangat dihargai dan akan membantu kami mengekalkan hubungan perniagaan yang boleh dipercayai.

Untuk memastikan permohonan anda diluluskan secepat mungkin, sila ikut garis panduan di bawah semasa menghantar permohonan anda:


Dokumen Pendaftaran Syarikat

Sila mengisikan borang pemohonan pada seksyen "Company" apabila anda membuka akaun untuk menikmati perkhidmatan kami.

Bahagian ini memerlukan anda mengisi maklumat seperti berikut:

  • Jenis Syarikat (Ini akan dipraisi untuk anda, sila hubungi kami jika maklumat tersebut tidak betul)

  • Nama Syarikat Berdaftar

  • Nombor Pendaftaran Syarikat

  • Alamat Berdaftar Syarikat

  • Sijil/Dokumen Pendaftaran Syarikat (fail .PDF sahaja)

Maklumat Akaun Bank

Di bawah bahagian 'Payout Account', anda dikehendaki memberi maklumat akaun bank anda. Sila pastikan nombor akaun bank,, kod SWIFT dan kod bank diisikan dengan tepat. Anda boleh menyemak balik dengan bank anda jika anda tidak pasti.

Anda juga dikehendaki menyerahkan salinan penyata bank anda atau 'screenshot' skrin perbankan dalam talian anda. Dokumen yang dimuat naik mestilah menujukkan maklumat berikutnya dengan jelas supaya pemohonan anda tidak ia akan ditolak:

  • Nama pemegang akaun (cth. ABCD Pte Ltd)

  • Nombor akaun

  • Nama dan logo bank

  • Penyata dokumen mestilah tidah melebihi 12 bulan

Dokumen Pengenalan

Di bawah 'Ownership & Control', Anda dikehendaki mengemukakan maklumat bagi semua pemilik syarikat yang memiliki 25% atau lebih daripada 25% syarikat tersebut. Anda dikehendaki memuat naik sama ada kad pengenalan (depan dan belakang) atau pasport pemegang saham / pemilik utama. Untuk memastikan proses permohonan yang cepat, dokumen yang dimuat naik mestilah:

  • Salinan yang diberikan perlu jelas dan berwarna tanpa silau

  • Tidak boleh dipotong dan mestilah menunjukkan keseluruhan salinan

  • Tidak pecah atau rosak dengan sebarang rekahan

  • Lurus dan tegak

'DOs and DON'Ts' untuk Penyerahan Dokumen:

IDENTITY CARD (IC) / PASSPORT

DOs

✅ Kedua-dua IC depan dan belakang / imej pasport diambil pada permukaan rata

✅ Kesemua 4 penjuru IC/pasport jelas kelihatan di dalam bingkai

✅ Semua butiran pada IC/pasport dilihat dengan jelas

✅ IC/Pasport bebas daripada kerosakan seperti retak, terkelupas, pecah separuh atau bahagian dan lain-lain.

✅ Tiada pantulan cahaya semasa mengambil gambar IC/pasport

✅ Imej berwarna IC/pasport

DON'Ts

❌ IC/Pasport rosak (retak dan terbelah dua, patah sudut)

❌ Imej IC/Pasport mempunyai watermark

❌ IC berwarna hitam dan putih

❌ IC/Pasport disekat (dengan jari/pelekat)

❌ Kesemua 4 penjuru IC/pasport tidak kelihatan dalam bingkai

❌ Imej IC/Pasport mempunyai silau atau terlalu terang


Bagaimana jika saya tidak mempunyai ID atau Pasport yang sah?

Sebaliknya, anda boleh menyerahkan imej dokumen berikut:

  • ✅ Lesen memandu

  • ✅ Pas Imigresen

  • ✅ Pas Kerja/Pekerjaan

Peraturan di atas dikenakan

Akaun kad kredit anda akan mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja untuk memproses permohonan. Anda akan dimaklumkan oleh Qashier selepas pemohonan anda diluluskan.

Adakah ini menjawab soalan anda?