Cara Memuat Naik Logo untuk POS dan Resit

Paparkan logo anda pada skrin hadapan terminal POS Qashier dan pada resit.

Dikemas kini lebih seminggu yang lalu

Anda boleh memaparkan logo anda pada skrin depan terminal POS Qashier dan pada resit anda.

  1. Pergi ke QashierHQ

  2. Pilih ikon "gear" di penjuru kanan sebelah atas halaman QashierHQ anda

  3. Pilih "CHANGE LOGO"

  4. Pilih nama kedai anda di bawah menu jika anda mempunyai lebih daripada 1 kedai

  5. Ikut arahan dalam tangkapan skrin di bawah.

    1. Pilih "MAIN LOGO" untuk memuat naik logo pada skrin hadapan Qashier POS.

      ATAU

    2. Pilih "PRINTER LOGO" untuk memuat naik logo pada resit (dicetak dalam warna hitam/putih).

    3. Seret imej logo anda atau klik pada ikon "+" untuk memuat naik logo anda (Pastikan anda sudah menukar saiz logo kepada dimensi yang dinyatakan di sebelah tulisan 'upload main/printer logo')

    4. Pilih "UPLOAD IMAGE"

Nota: Kami sedang mengusahakan fungsi baru untuk menukar size logo secara automatik dan akan tersedia tidak lama lagi. Buat masa ini, sila ubah saiz imej anda sebelum memuat naik logo.

Setelah anda memuat naik logo di QashierHQ, 'refresh' POS terminal Qashier dengan kembali ke halaman menu utama. Anda sepatutnya dapat melihat logo yang baru dimuat naik. Jika tiada perubahan, mohon cuba untuk mulakan semula POS.

Berikut ialah contoh bagaimana logo akan dipaparkan pada terminal POS Qashier anda:

Berikut ialah contoh cara logo akan keluar di resit anda:


Adakah ini menjawab soalan anda?